BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 11, 2010

CERTIFICATE

Tahniah buat puteri puteriku...


Ainul berjaya mengumpul 50 well done card....



Aliya antara 5 pelajar reception yang di pilih untuk poem terbaik bagi majalah if i could be...west midlands on 30th april.

Inilah poemnya....


Umi dan Abi sentiasa mendoakan kejayaan kalian......

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya masih diberi rasa mahabbah dan rasa cinta pada-Nya dan pada mereka yang berada di sekeliling mahupun jauh di mata.

BUAT SUAMI TERCINTA.......

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 8





Moga Allah melindungi dan sentiasa merahmati hubungan ini...Moga kebahagian yg dikecapi berterusan dan sentiasa mekar sehingga ke akhir hayat.

Monday, February 1, 2010

MINI BURGER


Ingredients :

550g water
* 300g bread flour
* 700g multipurpose flour
10g baking powder
20g milk powder
20g instant yeast
80g sugar
1 egg
10g salt
100g margarine

Note (*) : I used multipurpose flour (tepung gandum) for both.
Method : (the easiest way......... Use your Bread Maker!)

1. Pour the water into the bread maker pan.
2. Add in the flour followed by all the other ingredients except for margarine.
3. Set to the BASIC DOUGH programme and let the BM does it's job.
4. After about 5 minutes or until the dough is well incorporated, add in the margarine and let the BM continue kneading until a soft and smooth dough is formed. Let it rest for 30 minutes.
5. Punch the dough to let the air out. Roll to the thickness of 1 cm and cut using the donut cutter,
6. Place a piece of plastic on a tray and arrange the cut donuts on it.
7. Leave the dough to prove.
8. Fry until golden brown. Coat with castor sugar or with chocolate, anyway your heart desire! Enjoy!

Monday, January 25, 2010

SAHABAT

Alhamdulillah...kerana masih terus mendapat segala kurniaan NYA dan masih dapat menghirup nafas di hari ini....meneruskan kehidupan di muka bumi yang fana ini....moga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Sebenarnya dalam kehidupan kita semua perlukan sahabat. Sahabat yg baik ialah sahabat yang membawa kita ke arah kebaikan dan sahabat yang tidak berpura2 dengan diri kita,. Kitapun kena belajar mengalah jugak tau dalam bersahabat nie...dan kena sabar....Kalau nak tegur kena tegur dengan cara baik....Tapi apapun, akhirnya kita akan akui jugak dalam hati yang kita sayang semua sahabat2 kita......

"Mungkin dalam sendirian kita tidak mengetahui bahawa ada sahabat2 yang mendoakan diri kita" dan beruntungnya jika kita adalah sahabat yang mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita walau dalam kesibukan dan dalam keadaan tidak bersua muka.
Salam persahabatan dan salam kemaafan buat semua sahabat.
Terima kasih kerana menerima insan ini sebagai sahabat...

SAHABAT "CERMIN" DIRI

Maksudnya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya". (Riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. lagi dalam hadis yang lain:

Maksudnya : "Perumpaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi, Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk..". (Riwayat Al-Bukhari)


Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW mengingatkan kita berkenaan kesan dan pengaruh kebaikan seseorang yang boleh berpindah kepada orang di sekitarnya.

2. Kerana itu kita disarankan agar memilih sahabat yang baik yang sentiasa menyeru agar melakukan perkara kebaikan serta meninggalkan perkara keburukan.

3. Kita seharusnya percaya bahawa orang yang dipilih sebagai sahabat atau rakan baik akan menjadi "cermin" kepada diri kita. Jika baik pilihannya, baiklah juga diri kita, jika sebaliknya, begitulah juga gambaran diri kita.

4. Dalam hadis seterusnya, Baginda S.A.W. perbezaan di antara orang yang baik dengan orang yang buruk iaitu seperti penjual wangian dengan tukang bakaran besi di mana sudah semestinya bau wangi wangian tersebut akan terkena tempiasnya pada penjual wangian, begitu juga dengan bau busuk bakaran besi, sedikit sebanyak akan melekat pada pembakar besi.

5. Jelas, berpunca dari kebaikan satu orang manusia, ia boleh bercambah kepada yang lain. Maka jadikan diri kita sebagai orang yang membawa kebaikan tersebut atau dengan kata lain berperanan seperti penjual wangian yang sentiasa menyemai kebaikan dalam diri orang lain.

6. Jangan beralasan dan asyik mengharapkan orang lain untuk memulakan. Memulakan sesuatu yang baik ditengah suasana keburukan adalah sifat mulia. Ia kerap dirasakan pelik dan asing lalu dikritik dan ditertawa oleh orang yang tidak menilainya dengan mata hati.

7. Tiada sebarang ruginya untuk mengelak diri dari maksiat dan keburukan, serta bersikap lurus dan amanah dalam setiap urusan kehidupan kita bersama manusia lain. Mengapa kita perlu menipu sedangkan ia tidak disukai jika terkena kita sendiri? Dan mengapa perlu memaki hamun sedang ia pedih buat orang lain dan juga diri kita?.

8. Pastikan kita memilih sahabat yang baik, yang akan menjadi ikutan dan bukannya kejian.

WALLAHU'ALAM.

Friday, January 22, 2010

ALIYA JADI ALIEN

Salam buat semua.....
Inilah gambar semasa persembahan puteri keduaku di sekolahnya.....

Puteriku jadi Alien

have you read the instruction? tanya puteriku .......pada alien yang lain.

Semasa persembahan...mulanya 4 alien tup2 bila nampak parentnya....budak tu nangis x nak berlakon.....risau juga kot2 puteriku pun terikut.



Abang2 n kakak2 year 1-year 6 khusyuk melihat adik2 kelas reception membuat persembahan.



Bersama twin.... nana n lala

Guru kelas....Miss Taylor gembira pelajar2nya berjaya melakonkan watak yang di berikan.

Bergambar bersama kawan2 selepas persembahan

Thursday, January 21, 2010

SELAMAT HARI LAHIR



Salam rindu buat semua....
Moga sentiasa dalam lindungan ALLAH hendaknya.....dah lama menyepi coz sejak berpindah ni internet baru je aktif semalam.
Sebelum tu rasanya tak terlewat lagi untukku ucapkan Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat puteri keduaku pada 10 januari dan juga buat abah tersayang pada 11 januari yang lalu.





Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431H

DOA AKHIR TAHUN....

Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."

*********

DO'A AWAL TAHUN....

Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.
Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."

Amiin ya robbal 'alamiin...

Wallohua'laam bishshowab...