BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT BERKAT DAN KEREDHAANNYA. :)

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Photobucket


Salam Aidilfitri diucapakan buat keluarga, sahabat2, follower2 serta pengunjung2 blog ummulsafiyyahwasolehah. Mohon kemaafan zahir dan batin andai ada kata2 yang menguris hati dan perasaan semua.


Tuesday, August 24, 2010

Kuih seri muka

Alhamdulillah....Setelah sekian lama mencuba membuat kuih seri muka ni akhirnya berjaya. Terima kasih buat IRMA . Sebenarnya dah banyak resepi ku cuba mengalami kegagalan. Alhamdulillah berkat kegigihan untuk mencuba lagi dengan resepi lain ,mendapat hasil yang memuaskan. Cubaan kali kedua tapi bahagian atasnya gula merah pun menjadi.



Buat rakan2 yang ingin mencuba...... Inilah resepinya.

BAHAN LAPISAN BAWAH. ( Bahagian pulut)

250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan

200 ml santan cair
1/3 camca teh garam
1/2 camca besar minyak masak(disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara membuat bahagian pulut :

1. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Masukkan pulut dan semua bahan ke dalam loyang. Kacau rata. Kukus pulut sehingga masak selama 20 -30 minit.


2. Bila pulut dah masak, tunggu sejuk sebentar. Kemudian pulut bolehlah ditekan sehingga padat dan rata.


Ketepikan pulut dan boleh mula sediakan bahan untuk lapisan atas.

BAHAN LAPISAN ATAS

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir (kalau nak buat bahagian atasnya warna brown maka gantikan gula merah + 2 sudu gula pasir)
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan
4 helai daun pandan(kisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

Cara-cara membuat bahagian atas.

1. Masukkan ke semua bahan di dalam satu bekas. Kacau dengan menggunakan whisk. Kalau tak ada whisk, gunakan senduk pun boleh. Ketika mengacau, tekan belakang senduk ke arah dinding bekas supaya bahan yang berketul menjadi sebati. (Saya blend semua bahan diatas).

2. Bila dah sebati dan gula pun larut. Tapis kemudian masukkan bahan ke dalam loyang yang berisi pulut. Sebelum tu, cakarkan bahagian atas pulut dengan garpu supaya mereka melekat bila masak.

Tips ketika mengukus :

1. Panaskan kukusan 15 minit sebelum loyang dimasukkan.

2. Balut penutup kukusan dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan titisan wap jatuh ke atas permukaan kueh. Pastikan penutup ditutup rapat.

3. Masak dengan api sederhana besar.

4. Kukus selama 50 minit atau satu jam. 15 minit terakhir. Bolehlah periksa dengan mencucuk bahagian kueh dengan lidi. Sekiranya lidi tidak melekat dengan bahagian yang berwarna hijau maka ianya dah masak.

Tips untuk memotong :

1. Biarkan kueh sejuk 2-3 jam sebelum dipotong.

2. Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Buangkan. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Photobucket


Salam Ramadhan buat keluarga, sahabat2 dan pembaca yang budiman, moga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Inilah kali ke 4 kami berpuasa diperantauan. Alhamdulillah puteri-puteriku pun berminat untuk berpuasa tapi untuk hari ni hanya separuh hari saja dapat bertahan.... tak apa sayang .....cuba lagi.

Kisah lucu puteri-puteriku....

Semalam, suamiku pesan kat puteri-puteriku suruh tidur awal sebab nak bersahur.

Suamiku: kakak dan adik kena tido awai sebab kita nak makan soq (bahasa utara).

kakak: I don't want to eat soq.

Adik : Me too. I want durian.

Diriku pun terpinga2 ,berulang kali asyik kata tak nak. Akhirnya baru kami tahu rupanya depa ingatkan abinya suruh makan socks. He..He..He




Wednesday, August 4, 2010

Salam

Moga hari2 yang dilalui disulami keberkatan dan kasih illahi,InsyaAllah.


Buat keluarga,rakan2 di Malaysia & rakan2 blogger yang sentiasa tertanya2 kenapa blog ini x update, sebenarnya..... Bermula hari sukan SMB (Sekolah Malaysia Birmingham) pada 5 jun dan seterusnya setiap minggu sehinggalah sabtu (24/7) di Birmingham ni sibuk dengan aktiviti punggah memunggah barang ke kontena bagi 8 rakan kami yang akan pulang ke Malaysia. Setakat ini 7 rakan kami dah pulang ke Malaysia dan yang terakhir akan menyusul pada 6/8. Moga ukhuwah ini akan berkekalan..... InsyaAllah jumpa lagi di tanahair tercinta.

Wednesday, July 21, 2010

Salam buat semua pembaca blog PUTERI-PUTERIKU SAYANG. Kemaafan buat semua diatas penyepian blog ini. Insyaallah akan diupdatekan blog ni dalam masa terdekat.

Monday, June 7, 2010

MENGAPA???

Wednesday, June 2, 2010

SATE

Entri kali ini saya ingin share resepi sate yang saya buat pada jumaat lepas. Resepi turun temurun kak Mar untuk warga2 birmingham setiap kali mengadakan BBQ...orangnya pun dah balik Malaysia.... Resepi mudah dan sedap.....Jom lihat bahan-bahannya.......

4 pair ayam (2 kilo)
10 batang serai
2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula putih
kunyit

Kisar serai,halia,jintan manis & jintan putih. Gaulkan ayam bersama bahan2 yang dikisar. Masukkan gula,garam & kunyit , gaul sebati.

* kalau nak gunakan gula putih saja pun boleh.


bahan2 yang telah digaul...


Dah siap dicucuk....




Sedia untuk dimakan.... Gambar ni diambil masa hari BBQ......percutian baru2 ni.

Tuesday, June 1, 2010

birthday lagi...

Hari khamis yang lepas (27/5/2010) adalah hari terakhir persekolahan kerana pelajar2 akan bercuti selama satu minggu, memandangkan birthday Ainul pada hari jumaat (28/5/2010) jadi ainul sambut awal sehari bersama kawan-kawan di sekolahnya. Hari jumaat tu pula ummi kena masak beberapa jenis masakan untuk difrozenkan.... sebab nak pergi bercuti....

SELAMAT HARI LAHIR.....


Bersama kek birthdaynya...


Sedapnyyyyaaaa.....


Buat kawan-kawannya....nak tahu isinya???
lihat gambar dibawah........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


HAPPY BIRTHDAY

Salam...

Buat puteri sulungku... Ainul Safiyyah.
Rasanya belum terlewat untuk ummi ucapakan buatmu.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiranmu ke 7 (28 mei 2010).
Ummi sentiasa mendoakan semoga Allah berikan kesihatan,keberkatan serta kejayaan buatmu didunia dan akhirat.
Moga menjadi anak solehah.

May your birthday bring
You as much happiness
And then a year
That brings the best
Of everything your way

Enjoy your special day!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam sayang dari UMMI.

Friday, May 21, 2010

MAJLIS ILMU

Salam Jumaat buat semua, Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA.
Majlis Ilmu adalah salah satu program yang dijalankan setiap 2 minggu bagi wanita di Birmingham. Antara programnya ialah bacaan yassin/mathurat, tazkirah, ceramah, mempelajari resepi2 dan yang paling utama adalah mengeratkan ukhuwah. Di sini ingin saya kongsikan sedikit tazkirah yang lepas berkaitan sedekah.






“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )



Friday, May 14, 2010

RENUNGAN BUAT SEMUA

Salam jumaat buat semua, kesyukuran dipanjatkan kehadrat ALLAH kerana masih memberi kesempatan untuk kita meneruskan kehidupan dan pergunakanlah kesempatan yang ada sebaiknya agar kita selamat dunia akhirat.

Hadith

Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: “Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Huraian Hadith

  1. Ibu bapa ialah insan yang paling berjasa kepada kita, kerana jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja, samada semasa dia mengandung atau selepas dia bersalin.
  2. Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.
  3. Natijahnya, apabila kita berlaku baik kepada ibu bapa kita, kelak anak-anak kita akan menyantuni kita semasa kita telah berumur, insya’ALLAH.
  4. Setiap orang patutlah merebut peluang kerahiman ALLAH swt di akhirat kelak dengan mentaati dan menyantuni kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup, dan mendoakan keampunan dan keselamatan, sekiranya mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam...

Dikesempatan ini inginku ucapkan SELAMAT HARI IBU buat Ibu tersayang Siti mariam binti yaakob, Ibu mertua serta semua ibu2.



Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas keredhaan kedua ibubapa.


I wish I could tell you, Mom
how much you mean to me....
But there are no words to say
how much I admire you...
how much I appreciate you...
how much I thank you
for everything you've done.

Salam Rindu dari anakmu,
Ummulsafiyyahwasolehah.

Sunday, April 18, 2010

KEMBALI

Salam buat semua.....

Alhamdulillah kami selamat kembali semalam(pukul 4.15 pg) dari percutian ke Europe. Insyaallah akan di uploadkan gambar2 kenangan di sana untuk tatapan keluarga serta sahabat2 semua.

Sunday, March 28, 2010

Tambah 1 jam da....

Salam buat semua

Bermula hari ini seluruh UK akan menggerakkan jarum jam awal 1 jam(+1 jam) sehinggalah ahad terakhir dalam bulan oktober (undur 1 jam pula). Sekarang ni beza dengan waktu Malaysia 7 jam la.
Alhamdulillah hari pun dah semakin panas dan aktiviti ke outdoor carboot pun dah bermula. Minggu ni juga sibuk sangat memasak untuk frozenkan maklumlah minggu depan school holiday so kami bersama kak dina n family serta kak su n family(stoke) akan pergi bercuti selama dua minggu. Ke mana??? Insya Allah balik nanti,saya akan kongsikan.

p/s kak nani(Durham) tak nak join kami ke?

Saturday, March 27, 2010

KENAPA MENYEPI????

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Maaflah dah lama menyepi coz ummulsafiyyahwasolehah x sihat. Minggu lepas masa tengah mengajar tup2 rasa memulas perut....sempat call suami...lepas tu dah x ingat apa2....sedar ja dah ada kat hospital.... 3 hari juga x bangun coz letih sangat .....mungkin kesan ubat sama. Selama tu jugalah kawan-kawan di sini menghantar makanan(Terima kasih buat kak emma, kak illa & kak fida dan yang datang menziarahi). Hidup di perantauan ni, sahabat dah jadi macam keluarga. Alhamdulillah,sekarang ummulsafiyyahwasolehah dah kembali sihat.


Buat follower blog ini...terima kasih kerana menjadi sahabat saya di sini walau ada di antara kita tak pernah bertemu dan mengenali. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati persahabatan ini selama-lamanya...Insyaallah.

Monday, March 15, 2010

INFO KESIHATAN




JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN


* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
o Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
o Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sumber: email dari sahabat.

Thursday, March 11, 2010

IQRA' 4 DAN AL-QURAN

Photobucket

Moga2 setiap hari yang kita lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi serta hati kita tak tersesat dari landasanNYA...dan berterusan dikekalkan iman dihati..... Insyaallah, amin.


Inilah pencapaian terbaru puteri-puteriku.......
Alhamdulillah... Moga Allah sentiasa menyinari hati puteri-puteriku dengan cahaya keimanan.


Ainul baru saja membaca Al-Quran....


Aliya masih Iqra' 4 page 6

Moga menjadi anak-anak yang solehah ya sayang......

Monday, March 1, 2010

KASIH SAYANG

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar
: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu
: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Friday, February 19, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MAK

Buat mak tersayang.....

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 53






It’s your birthday, Mom.
May your life be filled with happiness,
Because, Mom, I love you!