BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010

Kuih seri muka

Alhamdulillah....Setelah sekian lama mencuba membuat kuih seri muka ni akhirnya berjaya. Terima kasih buat IRMA . Sebenarnya dah banyak resepi ku cuba mengalami kegagalan. Alhamdulillah berkat kegigihan untuk mencuba lagi dengan resepi lain ,mendapat hasil yang memuaskan. Cubaan kali kedua tapi bahagian atasnya gula merah pun menjadi.



Buat rakan2 yang ingin mencuba...... Inilah resepinya.

BAHAN LAPISAN BAWAH. ( Bahagian pulut)

250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan

200 ml santan cair
1/3 camca teh garam
1/2 camca besar minyak masak(disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara membuat bahagian pulut :

1. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Masukkan pulut dan semua bahan ke dalam loyang. Kacau rata. Kukus pulut sehingga masak selama 20 -30 minit.


2. Bila pulut dah masak, tunggu sejuk sebentar. Kemudian pulut bolehlah ditekan sehingga padat dan rata.


Ketepikan pulut dan boleh mula sediakan bahan untuk lapisan atas.

BAHAN LAPISAN ATAS

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir (kalau nak buat bahagian atasnya warna brown maka gantikan gula merah + 2 sudu gula pasir)
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan
4 helai daun pandan(kisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

Cara-cara membuat bahagian atas.

1. Masukkan ke semua bahan di dalam satu bekas. Kacau dengan menggunakan whisk. Kalau tak ada whisk, gunakan senduk pun boleh. Ketika mengacau, tekan belakang senduk ke arah dinding bekas supaya bahan yang berketul menjadi sebati. (Saya blend semua bahan diatas).

2. Bila dah sebati dan gula pun larut. Tapis kemudian masukkan bahan ke dalam loyang yang berisi pulut. Sebelum tu, cakarkan bahagian atas pulut dengan garpu supaya mereka melekat bila masak.

Tips ketika mengukus :

1. Panaskan kukusan 15 minit sebelum loyang dimasukkan.

2. Balut penutup kukusan dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan titisan wap jatuh ke atas permukaan kueh. Pastikan penutup ditutup rapat.

3. Masak dengan api sederhana besar.

4. Kukus selama 50 minit atau satu jam. 15 minit terakhir. Bolehlah periksa dengan mencucuk bahagian kueh dengan lidi. Sekiranya lidi tidak melekat dengan bahagian yang berwarna hijau maka ianya dah masak.

Tips untuk memotong :

1. Biarkan kueh sejuk 2-3 jam sebelum dipotong.

2. Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Buangkan. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

2 tinggalkan pesanan:

Anonymous said...

saya pun dah copy resipi dari blog IRMa tu cuma x sempat nak buat jer lagi...
banyak sangat menu duk Q ni.. hehehe

NUR said...

Salam kak fa10...

tak pa himpun resepi byk2 dulu.... mana tau blh buat cookery book mcm kak nani.

Amboi byk menu duk Q....klau dkt setiap hari p berbuka kat umah kak.he..he..he