BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 23, 2009

Kek coklat kukus

Salam semua....

Resepi kek coklat kukus yang menjadi kegemaranku. Bagi yang mengemari boleh la mencuba.




Bahan-bahannya:-

(Bahan 1)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan serbuk koko


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
3/4 susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan 1 di campur dan di ayak,campur telur dan minyak,gaul sebati.
campur 1 cawan air panas dan 3/4 cawan susu cair dan esen vanilla. kacau lagi sampai sebati. masuk dalam loyang dan kukus selama 45-50 minit (jangan intai2).

Ayam bakar birmingham



Salam jumaat,penghulu segala hari.Moga sentiasa dalam keredhaan ALLAH hendaknya.

Untuk hari ini,saya letakkan resepi Ayam bakar yang telah lama di minta oleh kak nani....maaf la kak nani coz lambat letakkan....Ok Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:-
(Anggaran untuk seekor baby chicken)

1 1/4 sudu kecil garlic powder
2 sudu kecil ginger powder
2 sudu kecil chilly powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kunyit
1/2 sudu kecil black pepper
1 kiub chicken stock
1 1/2 sudu besar madu
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
sedikit maggi seasoning

Kesemua bahan-bahan di atas di gaul dan di perap 3 @4 jam sebelum di bakar. Masa saya buat ayam ni,oven rosak jadi saya guna grill.....ok juga.