Salam semua....
Resepi kek coklat kukus yang menjadi kegemaranku. Bagi yang mengemari boleh la mencuba.
Bahan-bahannya:-
(Bahan 1)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
3/4 susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan 1 di campur dan di ayak,campur telur dan minyak,gaul sebati.
campur 1 cawan air panas dan 3/4 cawan susu cair dan esen vanilla. kacau lagi sampai sebati. masuk dalam loyang dan kukus selama 45-50 minit (jangan intai2).
SAJAK : ANTARA 2 USIA
2 months ago






4 tinggalkan pesanan:
Kat Malaysia dah ada dia orang buat jual resipi kek kukus pelbagai rasa. Sepeket RM10. Beli dan balik kukus saja. Sepeket satu kilo.
pengukus kitorg kecik sgt la..xleh nak buat meal yg kena kukus...huhuu
Salam...AINUR
Kat m'sia senang la nak cari tapi kat sini kalau nak makan apa2 pun kenalah buat sendiri.
Salam...HNYHAR
Jangan sedih wahai kakakku...
Insyaallah lain kali boleh cuba.
Kena cari pengukus baru kat carboot ni...he...he...he
Post a Comment