BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431H

DOA AKHIR TAHUN....

Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."

*********

DO'A AWAL TAHUN....

Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.
Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."

Amiin ya robbal 'alamiin...

Wallohua'laam bishshowab...

Wednesday, December 16, 2009

HATI

View Photos Funny Pics Free Pics

Thursday, December 10, 2009

ULANGTAHUN KELAHIRANKU




Hari ini adalah ulangtahun kelahiranku.....
Kesyukuran ku panjatkan kehadrat Illahi atas segala nikmat yang di berikan.
Bulan ini diriku menyambut ulangtahun kelahiran 2kali......(jangan jealous)
10 disember dan 27 disember(10 muharam)
Terima kasih atas ucapan2 melalui kad,email n pelbagai lagi.
Terima kasih abang coz belanja makan makanan arab.



kad dari pelajar2ku

Jom makan kek.....


Tuesday, December 8, 2009

NATURAL HISTORY MUSEUM

Salam...

Hari sabtu yang lalu,Kami sekeluarga ke London coz suamiku ada perjumpaan dengan supervisornya. Bertolak dari rumah 9.30 pg dan sampai pukul 12.30 (selalunya 2 jam je...kali ni jalan sesak). Sementara menunggu ,ku bawa puteri-puteriku ke Natural History Museum London. Sebelum ni dah ke sana tapi puteri-puteriku beriya lagi nak ke sana lagipun hari tu x habis lagi melawat....just tingkat 1. Ramainya orang.....lama beratur baru boleh masuk.....kena check beg lagi la.....
Alhamdulillah puteri-puteriku enjoy sangat.








Shell

Giant sequoia,also called big tree or sierra redwood.

Tempat menjual cenderahati




Friday, December 4, 2009

SAT'S TEST

bismillah-2-1.gif picture by salahhuddin
Salam semua......
Moga sentiasa dalam peliharaan ALLAH hendaknya. Sekarang ni sibuk mengajar puteri sulungku kerana beberapa bulan lagi akan menhadapi SAT's tests. Di UK ni untuk primary school,year 2 dan year 6 akan menduduki peperiksaan. Kalau di Malaysia year 6 aje untuk peperiksaan UPSR. Semalam ada parent workshop ....focus on mathematics to supporting child on how they can solve questions similar. Soalan-soalannya boleh tahan juga......

Tuesday, December 1, 2009

KEK PISANG


2 biji pisang
1/2 gula pasir
2 biji telur
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung penaik
1/2 sudu kecil soda
1 sudu baking powder

APAM KUKUS

Salam buat semua....

Hari tu teringin sangat nak makan apam,cari punya cari dapatlah resepi yang mudah dan rasanya pun sedap.


Inilah rupanya..............

Bahan-bahannya:

3 biji telur
11/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 sudu besar baking powder

Cara membuatnya:

Pukul telur dan gula sehinga kembang.Selepas itu masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit. Masukkan air suam tadi dan gaul hingga sebati.letakkan pewarna kesukaan dan kukus sehingga masak.



Ini buat suamiku coz dia suka kuih2 yang bergoreng.

KAD RAYA

Kad raya yang di buat oleh puteriku yang kedua......


Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA

salam-1.gif picture by nurkilan
Salam jumaat+ Salam eiduladha+ Salam kerinduan buat keluarga tersayang di kedah,keluarga mertua di Perlis serta sahabat2. Alhamdulillah, serafak kesyukuran kepada ALLAH atas kurniaNya.
Hari ini, lepas solat raya suamiku pergi seminar di coventry jadi hari raya pertama ni duduk di rumah aje la. Alhamdulillah puteri-puteriku tersayang menemani kerana mereka di beri cuti "for eid celebration" . Untung juga berada di Birmingham ni,sekurang2nya dapat juga la merasai suasana hari raya....
Kemaafan ku pohonkan andai ada salah dan silap yang menguris perasaan sama ada di sedari @ tak di sedari.

SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA


Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Buat adikku Mohd Ashwat......."HAPPY BIRTHDAY"
Moga setiap hari yang di lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi.

Salam sayang dari kakakmu
Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, November 18, 2009

DOA



Salam ukhuwah buat anda semua..
Really hope that all of you are in the best of health..
Moga2 setiap hari yang kita lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi. Insyaallah, amin.
Kita tidak mempunyai kayu ukur untuk mengukur sejauh mana amal yang telah kita lakukan. Oleh itu, berusahalah untuk membaiki dan menambah sebanyak mungkin amalan kita sehari-hari untuk kekayaan di Akhirat kelak.

Buat suami tersayang....

"Semoga sabar dan tabah menghadapi segala ujian dalam pembelajaranmu. Diriku sentiasa mendoakan kejayaanmu."


Buat puteri-puteriku tersayang....

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan Allah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"





~Life is like a bicycle..

To keep your balance, you must keep moving..~

Friday, November 13, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



"Bila sejuta ilmu kita dalami, yakinlah itu hanya setitis air dari seluas lautan. Hadirkan dalam hati rasa keinsafan. Moga ilmu itu menjadi wadah mendekati Allah..."
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api.."

"Bila tubuhmu lemah dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titisan air matamu. Bila dirimu terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil, Allah mengumpulkan segalanya untuk 1 saat yang tidak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan yang hakiki. Hidup ini indah dan mudah jika bersama Allah.."



SALAM DARI KEJAUHAN

Tuesday, November 10, 2009

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Salam buat semua...
Baru berkesempatan update blog coz terlalu sibuk mengemas sejak berpindah rumah awal november yang lalu ...Dalam kepenatan tu di jemput plak untuk memberi tazkirah tentang tajwid dalam Majlis Ilmu...... nak bercakap dengan orang2 PHD ni memang mencabar..... Selalunya dengan pelajar2 ok la ....Alhamdulillah dapat jua ku menyempurnakan majlis itu walau dalam keadaan gementar.


Buat yang akan menhadapi peperiksaan...terutama adikku...

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Allah,
Supaya timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN,
Setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN,
Setiap KESABARAN itu pasti ada GANJARAN,
Yang pasti hanyalah IMAN dan TAQWA asas KECEMERLANGAN.



Bittaufiq wannajah fil imtihan

SALAM DARI KEJAUHAN

Thursday, October 29, 2009

[02.gif]

Salam kemaafan buat semua kerana sudah hampir seminggu menyepi. Moga hari-hari yang kita lalui sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.Wahai sahabatku sekalian"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahn nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada keTENTUan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ ada air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda sayang-Nya..
Alihkan matamu ke arah laut,airnya cantik membiru tetapi hanya ALLAH sahaja tahu rahsia di dalamnya.Begitulah juga dengan kehidupan manusia,riang,tawa....tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.Jika kau kecewa wahai sahabat,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.Jika kau bersedih sahabatku,pandanglah ke langit,kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

Justeru, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT. Lindungilah KESEDIHAN dengan SENYUMAN meskipun hati penuh KEDUKAAN kerana DUGAAN.




Friday, October 23, 2009

Kek coklat kukus

Salam semua....

Resepi kek coklat kukus yang menjadi kegemaranku. Bagi yang mengemari boleh la mencuba.




Bahan-bahannya:-

(Bahan 1)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan serbuk koko


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
3/4 susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan 1 di campur dan di ayak,campur telur dan minyak,gaul sebati.
campur 1 cawan air panas dan 3/4 cawan susu cair dan esen vanilla. kacau lagi sampai sebati. masuk dalam loyang dan kukus selama 45-50 minit (jangan intai2).

Ayam bakar birmingham



Salam jumaat,penghulu segala hari.Moga sentiasa dalam keredhaan ALLAH hendaknya.

Untuk hari ini,saya letakkan resepi Ayam bakar yang telah lama di minta oleh kak nani....maaf la kak nani coz lambat letakkan....Ok Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:-
(Anggaran untuk seekor baby chicken)

1 1/4 sudu kecil garlic powder
2 sudu kecil ginger powder
2 sudu kecil chilly powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kunyit
1/2 sudu kecil black pepper
1 kiub chicken stock
1 1/2 sudu besar madu
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
sedikit maggi seasoning

Kesemua bahan-bahan di atas di gaul dan di perap 3 @4 jam sebelum di bakar. Masa saya buat ayam ni,oven rosak jadi saya guna grill.....ok juga.

Tuesday, October 20, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Buat keluarga, sahabat-sahabat serta followers yang dikasihi, semoga kita sama-sama bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Allah ini.. Gunakanlah kehidupan kita ini sebaik-baiknya...Moga mendapat keredhaan Allah swt.

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

Setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Demikian itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Kerana tiada seorang pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.
Semoga Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah, khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.


Thursday, October 15, 2009

SABAR

sabarlah wahai jiwa yang diuji

Sabarlah wahai jiwa yang diuji....

Wahai jiwa-jiwa yang di uji, bersabarlah kerana DIA tidak akan menimpakan sebarang ujian yang tidak mampu kita hadapi. Dan DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang nyata dan yang tersembunyi.


KeHiDUpaN Ini KaDaNgkala
Di SulamI DeNgaN MainaN TeKa TeKi,
peNuH DeNgaN RaHSia-RahSia TerSeMbunYi,
UmPaMa RoDa Ia BerPuTaR,
ada KalaNya Kita BeraDa Di atas
daN aDa KalaNya BeRaDa Di BawaH,
SuKar UnTuk Kita MeraMaL KeHiDupaN
Di MaSa DepaN YanG Masih DaLaM KesaMaRaN,
PeNuH DeNgaN PerSoaLaN,
PeNuh DeNgaN DuGaaN,RiNtanGaN NaMuN..
aPa-aPa PuN TerJaDi KeHiDupaN HaRus Di TerusKaN..