BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, May 21, 2010

MAJLIS ILMU

Salam Jumaat buat semua, Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA.
Majlis Ilmu adalah salah satu program yang dijalankan setiap 2 minggu bagi wanita di Birmingham. Antara programnya ialah bacaan yassin/mathurat, tazkirah, ceramah, mempelajari resepi2 dan yang paling utama adalah mengeratkan ukhuwah. Di sini ingin saya kongsikan sedikit tazkirah yang lepas berkaitan sedekah.






“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )



Monday, January 25, 2010

SAHABAT

Alhamdulillah...kerana masih terus mendapat segala kurniaan NYA dan masih dapat menghirup nafas di hari ini....meneruskan kehidupan di muka bumi yang fana ini....moga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Sebenarnya dalam kehidupan kita semua perlukan sahabat. Sahabat yg baik ialah sahabat yang membawa kita ke arah kebaikan dan sahabat yang tidak berpura2 dengan diri kita,. Kitapun kena belajar mengalah jugak tau dalam bersahabat nie...dan kena sabar....Kalau nak tegur kena tegur dengan cara baik....Tapi apapun, akhirnya kita akan akui jugak dalam hati yang kita sayang semua sahabat2 kita......

"Mungkin dalam sendirian kita tidak mengetahui bahawa ada sahabat2 yang mendoakan diri kita" dan beruntungnya jika kita adalah sahabat yang mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita walau dalam kesibukan dan dalam keadaan tidak bersua muka.
Salam persahabatan dan salam kemaafan buat semua sahabat.
Terima kasih kerana menerima insan ini sebagai sahabat...

SAHABAT "CERMIN" DIRI

Maksudnya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya". (Riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. lagi dalam hadis yang lain:

Maksudnya : "Perumpaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi, Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk..". (Riwayat Al-Bukhari)


Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW mengingatkan kita berkenaan kesan dan pengaruh kebaikan seseorang yang boleh berpindah kepada orang di sekitarnya.

2. Kerana itu kita disarankan agar memilih sahabat yang baik yang sentiasa menyeru agar melakukan perkara kebaikan serta meninggalkan perkara keburukan.

3. Kita seharusnya percaya bahawa orang yang dipilih sebagai sahabat atau rakan baik akan menjadi "cermin" kepada diri kita. Jika baik pilihannya, baiklah juga diri kita, jika sebaliknya, begitulah juga gambaran diri kita.

4. Dalam hadis seterusnya, Baginda S.A.W. perbezaan di antara orang yang baik dengan orang yang buruk iaitu seperti penjual wangian dengan tukang bakaran besi di mana sudah semestinya bau wangi wangian tersebut akan terkena tempiasnya pada penjual wangian, begitu juga dengan bau busuk bakaran besi, sedikit sebanyak akan melekat pada pembakar besi.

5. Jelas, berpunca dari kebaikan satu orang manusia, ia boleh bercambah kepada yang lain. Maka jadikan diri kita sebagai orang yang membawa kebaikan tersebut atau dengan kata lain berperanan seperti penjual wangian yang sentiasa menyemai kebaikan dalam diri orang lain.

6. Jangan beralasan dan asyik mengharapkan orang lain untuk memulakan. Memulakan sesuatu yang baik ditengah suasana keburukan adalah sifat mulia. Ia kerap dirasakan pelik dan asing lalu dikritik dan ditertawa oleh orang yang tidak menilainya dengan mata hati.

7. Tiada sebarang ruginya untuk mengelak diri dari maksiat dan keburukan, serta bersikap lurus dan amanah dalam setiap urusan kehidupan kita bersama manusia lain. Mengapa kita perlu menipu sedangkan ia tidak disukai jika terkena kita sendiri? Dan mengapa perlu memaki hamun sedang ia pedih buat orang lain dan juga diri kita?.

8. Pastikan kita memilih sahabat yang baik, yang akan menjadi ikutan dan bukannya kejian.

WALLAHU'ALAM.

Friday, November 13, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



"Bila sejuta ilmu kita dalami, yakinlah itu hanya setitis air dari seluas lautan. Hadirkan dalam hati rasa keinsafan. Moga ilmu itu menjadi wadah mendekati Allah..."
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api.."

"Bila tubuhmu lemah dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titisan air matamu. Bila dirimu terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil, Allah mengumpulkan segalanya untuk 1 saat yang tidak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan yang hakiki. Hidup ini indah dan mudah jika bersama Allah.."



SALAM DARI KEJAUHAN

Tuesday, October 20, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Buat keluarga, sahabat-sahabat serta followers yang dikasihi, semoga kita sama-sama bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Allah ini.. Gunakanlah kehidupan kita ini sebaik-baiknya...Moga mendapat keredhaan Allah swt.

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

Setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Demikian itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Kerana tiada seorang pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.
Semoga Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah, khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.


Saturday, October 10, 2009




Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Wednesday, July 29, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA


Mulakan dengan zikirullah.. jadikan kekalutan di hati sebagai redha yang sepenuhnya dan bermohon bantuan padaNya. Sedih la....sebab ramai kawan2 kat sini nak balik Malaysia. Segala pertolongan serta bantuan yang diberikan amatlah di hargai.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

BUAT SUAMI TERSAYANG........teruskan perjuanganmu dalam mencari ilmu.Diriku sentiasa mendoakan kejayaanmu dan kebahagiaan kita bersama puteri-puteri tersayang.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Saturday, July 18, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



Merenung ilmu sebagai santapan jiwa dengan penuh ketaqwaan. Semoga blog ini dapat memanfaatkan ilmu buat semua. Buat puteri-puteriku tersayang.......Moga menjadi insan solehah.......umi dan abi sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.

Apabila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar.Apabila diulit kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran.Apabila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah.Tetapi apabila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah.Ingatlah, Tuhan mendidik kita pada setiap masa melalui pelbagai peristiwa dan perlakuan manusia..
Bersyukur dengan apa yang ada, berusaha semampu yang terdaya, membentuk jiwa teguh beragama, membina keutuhan rumahtangga, menjaga ikatan kekeluargaan dan menjalin persahabatan yang ikhlas... moga kehidupan kita beroleh rahmat dan keredhaan Ilahi - mencari damai abadi hanyalah dengan iman dan taqwa...

Tuesday, July 7, 2009



Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati hanya kerana ILahi adalah sebuah CINTA YANG ABADI





Friday, July 3, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi peluang sehari lagi untuk mengucapkan syukur pada ALLAH...jika sesuatu diberi/ditarik daripada kita...kita hendaklah sentiasa bersyukur,insya-ALLAH...kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang bukan...moga hati kita tak tersesat dari landasan NYA... dan berterusan dikekalkan hati dan iman.... dan selamat dunia dan akhirat.

Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu. Bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk ke dalam sanubari, bersabarlah, kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk.

Rindu sangat kat keluarga di Malaysia.......Doakan kami moga dipermudahkan segala urusan di sini.

SALAM SAYANG DARI KEJAUHAN.......
www.mumbaihangout.info

Thursday, July 2, 2009

salam-1.gif picture by nurkilan

Sesungguhnya anugerah ALLAH Taala itu amatlah luas, ganjarannya kepada para hamba-Nya amatlah besar dan pahala-Nya amatlah banyak. Apa yang harus dilakukan oleh seseorang adalah bersyukur ketika dalam senang dan bersabar ketika dalam keadaan susah sambil menunggu pertolongan ALLAh, Tuhan bumi dan langit, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Tidaklah orang muslim ditimpa kesukaran dan keletihan, dukacita dan sedih, penderitaan dan kemurungan, bahkan duri yang menusuknya sekali pun, melainkan ALLAH mengampuni dosa-dosanya" (Hr. Al-Bukhari dan Muslim)
Alangkah bahagianya umat islam hidup di bawah naungan agama agung ini, dimana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada para pemeluknya, melimpahkan nikmat dan anugeran-Nya kepada mereka sepanjang pagi dan petang.
Kesukaran dan kesulitan pasti mendatangkan ganjaran pahala bagi setiap muslim. Sakit baginya merupakan pahala. Kesedihan dan kemurungan baginya merupakan pahala. Kesenangan dan penderitaan baginya adalah pahala. Bahkan duri yang menusuk kaki atau tangannya pun akan mendatangkan ganjaran pahala.
Sabar pasti mengatakan betapa cepat pertolongan datang. Siapa percaya ALLAH dalam setiap urusan pasti selamat. Siapa takut kepada ALLAH pasti dia tidak akan menderita. Siapa mengharapkan-Nya, maka Dia selalu bersamanya.
Ibn Masud pernah mendatangi Nabi s.a.w ketika baginda sedang demam panas. Dia berkata " Wahai Rasul, engkau sekarang sedang mengalami sakit luar biasa," Baginda bersabda, " Ya, aku sedang sakit demam yang dahsyatnya sama seperti dua orang lelaki di antara kamu yang menderita demam," Innu Masud bertanya, " Jika demikian, bererti kamu memperolehi dua pahala?" mendengar itu, baginda bersabda, " Betul, memang seperti itu. Tidaklah seorang muslim tersusuk oleh duri atau lebih berbahaya daripada itu melainkan ALLAH akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang pasti mendapat kesulitan dan kesenangan,Pasti ada kebahagiaan dan kesedihan menghampirinyaALLAH memintanya supaya mensyukuri nikmat-Nya
Setiap musibah yang menimpanya hendaklah sabar.Ketahuilah tidak ada kesukaran sepanjang zaman.Dan tidak pula ada kenikmatan sepanjang zaman.

Monday, June 1, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Photobucket
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ... moga kita akan terus perbaiki ibadah kita kepadaNYA... agar kehidupan kita kan diberkati NYA amin....

FIKIRKANLAH
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Sunday, May 24, 2009

SAHABAT

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

PERSAHABATAN

" JiKa HaTi SeJeRnIh AiR, jAnGaN bIaR iA kErUh.., "JiKa HaTi SePuTiH aWaN, jAnGaN bIaR iA mEnDuNg.., "JiKa HaTi SeInDaH bUlAn, HiASi Ia DeNgAn IlMu, ImAn DaN tAqWa.., BeGiTuLaH KitA dIiBaRaTkAn..TiAdA sIaPa YaNg BiSa MeMiSaHkAn KiTa, AnTaRa KiTa SeMua..SeErAt SiMpUln YaNg TiDaK tErBuKa..SeTeGuH LAnGiT tInGgi mEnUnGkAh DuNiA.. KiTa MeNgHaRuNg BaDai AtAs NaMa, KaSiH InSaN bErSaUdArA..BuAnG yAnG KeRuH aMbiL YaNg JeRniH.. DeNdAm HaSaD dEnGki MeStiLaH DiJaUhi..MaRiLaH KiTa CoNtOhi RaSuLLuLLah DaN PaRa SaHaBaT DiDaLaM BeRsAhAbAt..UkHuWaH DaN MuHiBbAh KiTa JaLinKaN BinA KeHaRmOniAn..

SALAM........

UMMULSAFIYYAHWASOLEHAH

Monday, May 18, 2009

WAKTU...



Alhamdulillah...........Syukur kehadrat ALLAH diatas nikmat yang diberikan.Ketahuilah bahawa hidup ini umpama roda. Adakala dibawah adakala kita diatas. Adakala jalannya lancar adakala jalannya berliku. Begitu juga kehidupan. Hidup yang dilalui penuh dengan cabaran dan pancaroba. Tetapi dalam setiap apa yang kita lakukan jika disulami dengan keikhlasan dan kejujuran, pasti setiap liku berjaya ditempuhi dengan izin Ilahi.......What ever you do, make it positive.Make it what you want it to be.Not what somebody else wants it to be.......

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Salam dari kejauhan.........

www.mumbaihangout.info

Friday, May 15, 2009

TENANGKANLAH JIWA



Ketahuilah Olehmu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan tiada siapa yang mempedulikanmu...Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu .
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.. Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa dimanapun kamu atau kemanapun kamu menghadap...Allah SWT tahu

HiDuP aDaLah AkAr YanG MeNjaLar MeNjeLaJah kE SeGeNaP DeStiNaSi WaLau PayAh, WaLau SukaR WaLau YanG DatAnG HaNyaLaH SeTiTis AiR JeRniH NaMuN iAnYa BaKaL MenYinaRi HiDuP WaLau SesiNgKat CuMa

Salam dari kejauhan..........

Friday, May 8, 2009



Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik.... masih boleh meneruskan kehidupan di muka bumi ni.... manfaatkan masa yang diberi sebaiknya dan perbanyakkan membuat kebaikan dan beribadah... moga kita semua selamat dunia dan akhirat hendaknya...

Manisnya ibadah
Rendah hatilah, maka kamu akan menjadi bintang yang tampak bagi orang yang melihat... diatas permukaan air sementara dia berada ditempat yang tinggi... Janganlah seperti asap yang meninggi dengan sendirinya dilapisan2 udara namun sebenarnya dia rendah....

Salam sayang buat yang sudi berteman bersama ku di sini.

Wednesday, April 22, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Apa pun yang kita lalui di dalam kehidupan ini adalah rencah yang memesrakan peribadi dan ramuan-ramuan yang menjadikan kehidupan ini lebih bererti kerana dengan pengalaman, kita belajar menjadi insan yang lebih peka yang lebih berhati-hati dan lebih mengingati kekuasaan ILLAHI.Usah kau toleh lagi pada semalam yang telah pergi kerana dengan asyik menoleh langkahmu menjadi semakin perlahan dan bisa terhenti. Kau pandanglah hari-hari depanmu dengan dada yang terbuka dan semangat baru yang menyala kerana dengan menjangkau pandanganmu engkau pasti dapat bangun semula kerana kejayaan pasti tiba pada insan yang tak pernah kenal erti putus asa...........

Thursday, April 16, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



Mulakan hari anda dengan senyuman Moga dengan senyuman yang anda hulurkan mampu memberikan keceriaan kepada orang lain..Sentiasa tabah
menghadapi dugaan dari ALLAH kerana kita sebagai hamba Allah yang kerdil sentiasa diuji untuk memperkukuhkan iman di sisi Pencipta kita.

SALAM SAYANG SEMANIS MADU BUAT SEMUA


www.mumbaihangout.info

Friday, April 10, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Seuntai madah untuk dihayati,Setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang dipelupuk rona hati,iman itu dinding taqwa,sedangkn taqwa itu perisai hati..Yang memusnahkannya,pastilah nafsu,Dilayan jangan,dilawan pun jangan..Dididik perlu diasuh mesti.. Apapun yang terjadi,ikhlas menjadi ubat penawar segalanya..Yakin pd ALLAH, kejayaan pasti menyusul so hati kita ni perlu diberi pengisian yang sewajarnya... bukan saja perut perlu makan tapi hati pun perlu diberi makanan... fikirkanlah makanan yang bersesuaian untuk hati kita.... jangan sampai kita tersesat....


Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia......