BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 25, 2010

SAHABAT

Alhamdulillah...kerana masih terus mendapat segala kurniaan NYA dan masih dapat menghirup nafas di hari ini....meneruskan kehidupan di muka bumi yang fana ini....moga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Sebenarnya dalam kehidupan kita semua perlukan sahabat. Sahabat yg baik ialah sahabat yang membawa kita ke arah kebaikan dan sahabat yang tidak berpura2 dengan diri kita,. Kitapun kena belajar mengalah jugak tau dalam bersahabat nie...dan kena sabar....Kalau nak tegur kena tegur dengan cara baik....Tapi apapun, akhirnya kita akan akui jugak dalam hati yang kita sayang semua sahabat2 kita......

"Mungkin dalam sendirian kita tidak mengetahui bahawa ada sahabat2 yang mendoakan diri kita" dan beruntungnya jika kita adalah sahabat yang mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita walau dalam kesibukan dan dalam keadaan tidak bersua muka.
Salam persahabatan dan salam kemaafan buat semua sahabat.
Terima kasih kerana menerima insan ini sebagai sahabat...

SAHABAT "CERMIN" DIRI

Maksudnya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya". (Riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. lagi dalam hadis yang lain:

Maksudnya : "Perumpaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi, Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk..". (Riwayat Al-Bukhari)


Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW mengingatkan kita berkenaan kesan dan pengaruh kebaikan seseorang yang boleh berpindah kepada orang di sekitarnya.

2. Kerana itu kita disarankan agar memilih sahabat yang baik yang sentiasa menyeru agar melakukan perkara kebaikan serta meninggalkan perkara keburukan.

3. Kita seharusnya percaya bahawa orang yang dipilih sebagai sahabat atau rakan baik akan menjadi "cermin" kepada diri kita. Jika baik pilihannya, baiklah juga diri kita, jika sebaliknya, begitulah juga gambaran diri kita.

4. Dalam hadis seterusnya, Baginda S.A.W. perbezaan di antara orang yang baik dengan orang yang buruk iaitu seperti penjual wangian dengan tukang bakaran besi di mana sudah semestinya bau wangi wangian tersebut akan terkena tempiasnya pada penjual wangian, begitu juga dengan bau busuk bakaran besi, sedikit sebanyak akan melekat pada pembakar besi.

5. Jelas, berpunca dari kebaikan satu orang manusia, ia boleh bercambah kepada yang lain. Maka jadikan diri kita sebagai orang yang membawa kebaikan tersebut atau dengan kata lain berperanan seperti penjual wangian yang sentiasa menyemai kebaikan dalam diri orang lain.

6. Jangan beralasan dan asyik mengharapkan orang lain untuk memulakan. Memulakan sesuatu yang baik ditengah suasana keburukan adalah sifat mulia. Ia kerap dirasakan pelik dan asing lalu dikritik dan ditertawa oleh orang yang tidak menilainya dengan mata hati.

7. Tiada sebarang ruginya untuk mengelak diri dari maksiat dan keburukan, serta bersikap lurus dan amanah dalam setiap urusan kehidupan kita bersama manusia lain. Mengapa kita perlu menipu sedangkan ia tidak disukai jika terkena kita sendiri? Dan mengapa perlu memaki hamun sedang ia pedih buat orang lain dan juga diri kita?.

8. Pastikan kita memilih sahabat yang baik, yang akan menjadi ikutan dan bukannya kejian.

WALLAHU'ALAM.

0 tinggalkan pesanan: