BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 24, 2011

kembali

 
Alhamdulillah kerana  masih berkesemptan mencoret diruangan ini... dipanjangkan umur utk terus mencari bekalan di hari abadi... moga segala amalan yg kita lakukan diterima NYA...

Semenjak pulang keMalaysia, inilah kali pertama ku mencoret kembali, maaf buat sahabat2 yang sentiasa bertanyakan tentang  penyepian blog ini.

Ukhuwah Itu Bukan Terletak Pada Pertemuan....
Bukan Pada Manisnya Ucapan Dibibir....
Tapi Terletak Pada Ingatan Seseorang
Terhadap Teman Dalam Doanya.
[Imam Al-Ghazali]

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT BERKAT DAN KEREDHAANNYA. :)

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Photobucket


Salam Aidilfitri diucapakan buat keluarga, sahabat2, follower2 serta pengunjung2 blog ummulsafiyyahwasolehah. Mohon kemaafan zahir dan batin andai ada kata2 yang menguris hati dan perasaan semua.


Tuesday, August 24, 2010

Kuih seri muka

Alhamdulillah....Setelah sekian lama mencuba membuat kuih seri muka ni akhirnya berjaya. Terima kasih buat IRMA . Sebenarnya dah banyak resepi ku cuba mengalami kegagalan. Alhamdulillah berkat kegigihan untuk mencuba lagi dengan resepi lain ,mendapat hasil yang memuaskan. Cubaan kali kedua tapi bahagian atasnya gula merah pun menjadi.



Buat rakan2 yang ingin mencuba...... Inilah resepinya.

BAHAN LAPISAN BAWAH. ( Bahagian pulut)

250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan

200 ml santan cair
1/3 camca teh garam
1/2 camca besar minyak masak(disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara membuat bahagian pulut :

1. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Masukkan pulut dan semua bahan ke dalam loyang. Kacau rata. Kukus pulut sehingga masak selama 20 -30 minit.


2. Bila pulut dah masak, tunggu sejuk sebentar. Kemudian pulut bolehlah ditekan sehingga padat dan rata.


Ketepikan pulut dan boleh mula sediakan bahan untuk lapisan atas.

BAHAN LAPISAN ATAS

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir (kalau nak buat bahagian atasnya warna brown maka gantikan gula merah + 2 sudu gula pasir)
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan
4 helai daun pandan(kisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

Cara-cara membuat bahagian atas.

1. Masukkan ke semua bahan di dalam satu bekas. Kacau dengan menggunakan whisk. Kalau tak ada whisk, gunakan senduk pun boleh. Ketika mengacau, tekan belakang senduk ke arah dinding bekas supaya bahan yang berketul menjadi sebati. (Saya blend semua bahan diatas).

2. Bila dah sebati dan gula pun larut. Tapis kemudian masukkan bahan ke dalam loyang yang berisi pulut. Sebelum tu, cakarkan bahagian atas pulut dengan garpu supaya mereka melekat bila masak.

Tips ketika mengukus :

1. Panaskan kukusan 15 minit sebelum loyang dimasukkan.

2. Balut penutup kukusan dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan titisan wap jatuh ke atas permukaan kueh. Pastikan penutup ditutup rapat.

3. Masak dengan api sederhana besar.

4. Kukus selama 50 minit atau satu jam. 15 minit terakhir. Bolehlah periksa dengan mencucuk bahagian kueh dengan lidi. Sekiranya lidi tidak melekat dengan bahagian yang berwarna hijau maka ianya dah masak.

Tips untuk memotong :

1. Biarkan kueh sejuk 2-3 jam sebelum dipotong.

2. Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Buangkan. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Photobucket


Salam Ramadhan buat keluarga, sahabat2 dan pembaca yang budiman, moga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Inilah kali ke 4 kami berpuasa diperantauan. Alhamdulillah puteri-puteriku pun berminat untuk berpuasa tapi untuk hari ni hanya separuh hari saja dapat bertahan.... tak apa sayang .....cuba lagi.

Kisah lucu puteri-puteriku....

Semalam, suamiku pesan kat puteri-puteriku suruh tidur awal sebab nak bersahur.

Suamiku: kakak dan adik kena tido awai sebab kita nak makan soq (bahasa utara).

kakak: I don't want to eat soq.

Adik : Me too. I want durian.

Diriku pun terpinga2 ,berulang kali asyik kata tak nak. Akhirnya baru kami tahu rupanya depa ingatkan abinya suruh makan socks. He..He..He




Wednesday, August 4, 2010

Salam

Moga hari2 yang dilalui disulami keberkatan dan kasih illahi,InsyaAllah.


Buat keluarga,rakan2 di Malaysia & rakan2 blogger yang sentiasa tertanya2 kenapa blog ini x update, sebenarnya..... Bermula hari sukan SMB (Sekolah Malaysia Birmingham) pada 5 jun dan seterusnya setiap minggu sehinggalah sabtu (24/7) di Birmingham ni sibuk dengan aktiviti punggah memunggah barang ke kontena bagi 8 rakan kami yang akan pulang ke Malaysia. Setakat ini 7 rakan kami dah pulang ke Malaysia dan yang terakhir akan menyusul pada 6/8. Moga ukhuwah ini akan berkekalan..... InsyaAllah jumpa lagi di tanahair tercinta.

Wednesday, July 21, 2010

Salam buat semua pembaca blog PUTERI-PUTERIKU SAYANG. Kemaafan buat semua diatas penyepian blog ini. Insyaallah akan diupdatekan blog ni dalam masa terdekat.