![[02.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3NPhKrreynuVWKYUVpY-wUFv-RrKfKpJ30gud-leq7RioOYtaov-SgeUwbi4ElDN5tZPZaXkK8uwhCELPxuLl8g5lHXOLl7BOUo13sM_Mbr_fFfMp4E5J9VG1kueudeNFy_W0jZj2mQ/s1600/02.gif)
Salam kemaafan buat semua kerana sudah hampir seminggu menyepi. Moga hari-hari yang kita lalui sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.Wahai sahabatku sekalian"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahn nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada keTENTUan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ ada air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda sayang-Nya..
Alihkan matamu ke arah laut,airnya cantik membiru tetapi hanya ALLAH sahaja tahu rahsia di dalamnya.Begitulah juga dengan kehidupan manusia,riang,tawa....tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.Jika kau kecewa wahai sahabat,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.Jika kau bersedih sahabatku,pandanglah ke langit,kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.
Justeru, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT. Lindungilah KESEDIHAN dengan SENYUMAN meskipun hati penuh KEDUKAAN kerana DUGAAN.