BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 4, 2009

KEHIDUPAN INI..........

www.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.ws www.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.ws

Kehidupan ini kadangkala disulami dengan mainan teka teki, penuh dengan rahsia-rahsia tersembunyi, umpama roda ia berputar, adakalanya ia diatas dan adakalanya ia dibawah. Sukar untuk kita ramal kehidupan kita di masa hadapan kerana ia penuh dengan kesamaran, penuh dengan persoalan, penuh dengan dugaan, penuh dengan rintangan yang semestinya perlu kita hadapi dengan kekuatan iman didada. Namun yang semestinya kehidupan perlu diteruskan demi mengejar impian yang belum terlaksana.

SALAM SAYANG DARI KEJAUHAN.........

Tuesday, March 3, 2009




Ambillah akar-akar kemiskinan dan jiwa kesabaran lalu gaulkan dengan serbuk fikiran dan di campur dengan rendah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dalam lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepada-Nya, setelah itu digaul dengan sudu istighfar sehingga nampak taufiq dan kehormatan diri. kemudian pindahkan ke mangkuk cinta dan sejukkan dengan udara kasih sayang selepas itu di tapis dengan tapisan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah.



Perhiasan KEMISKINAN ialah SABAR Perhiasan KEKAYAAN ialah BERSYUKUR tidak ada KEHORMATAN yang mengatasi ISLAM tidak ada KEMULIAAN yang lebih tinggi dari TAQWA tidak ada PAKAIAN yang lebih indah dari KESIHATAN............

Monday, March 2, 2009



Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... syukur kehadrat NYA... kerana masih memberi ku peluang utk terus hidup dihari ini............
masih boleh menikmati kehidupan dibumi nan fana nie... moga hari ini lebih baik dari hari2 yang telah dilalui....

Peringatan buat diriku jua....................

Allah swt memberi kita hati yang mengeluarkan perasaan kita dan akal yang mengeluarkan fikiran kita. Gunalah sebaik-baiknya. Kebahagiaan ditangan kita jua ada NYA. Didiklah diri kita dengan jalan yang lurus Dari Allah swt. Renungilah apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat.
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi MENGAPA Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?????? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya........"
Andai dah menjumpai.........Jagalah ia sebaik-sebaiknya.......

Friday, February 27, 2009

Mungkin Kerana Kita Terleka............





Di saat aku terjaga di pagi hari ni..... satu yang tergambar diminda hanyalah ... syukur dan Alhamdulillah.... kerana diberi kesempatan untuk bernafas lagi... diberi kesempatan untuk terus beribadah dan memohon keampunan atas segala kesalahan dan kealpaan ku.....Hijrahlah diri, hati dan amalan selagi mampu.... kerana semalam yang berlalu tidak mungkin lagi dimiliki......

Sekadar peringatan...........mungkin kerana kita terleka...............

Sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "opps" mendahului dari "YA ALLAH"....

Bila perut kenyang " ha... kenyangnya" mengatasi "ALHAMDULILLAH"....

Bila terpegun dengan keindahan alam "SUBHANALLAH" tertutup dek kata "Cantiknya"

Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa...........

Tapi ingatlah apabila IZRAIL mendekati kita biarlah ucapan "LAILAHAILLALLAH" menjadi juara mengatasi segala kata-kata.....


SALAM SAYANG BUAT SEMUA..........

Thursday, February 26, 2009

RENUNGKANLAH..........

ASSALAMUA'LAIKUM.......





img_title

Belajarlah untuk mengenali kesilapan sendiri Kerana sesungguhnya dengan kesilapan itu Insya-Allah akan dikurniakan nanti suatu ketenangan di dalam hati.

Belajarlah untuk mudah melafazkan kemaafan Kerana sesungguhnya dengan terlafaznya sebuah kemaafan Insya-Allah tali perhubungan yang dijalinkan akan di limpahi dengan keberkatan yang berpanjangan.

Belajarlah untuk selalu memberikan senyuman Kerana sesungguhnya dengan terukirnya senyuman Maka lenyaplah dek segala api kemarahan yang sudah lama menjadi tembok keruntuhan.

Belajarlah untuk menadah tangan .............menadah tangan bukan untuk meminta belas kasihan, menadah tangan juga bukan untuk diberi hukuman atau ganjaran Tetapi menadah tangan seiklas hati untuk mengucap penuh kesyukuran di atas kejayaan, kemenangan dan kesenangan yang dikurniakan.

img_title


Wednesday, February 25, 2009

Ingatlah.........


BUAT CETUSAN HAWA DAN MUJAHADAH......

When things are down And you are out of your mind Just Remember Allah is The Merciful .
When your life is in darkness And nothing is right Just Remember Through the darkness, Allah is The Light.
When times are troubled And no one seems to care Just Remember, that Allah will care .




Salam sayang.......