ASSALAMUA'LAIKUM.......
Belajarlah untuk mengenali kesilapan sendiri Kerana sesungguhnya dengan kesilapan itu Insya-Allah akan dikurniakan nanti suatu ketenangan di dalam hati.
Belajarlah untuk mudah melafazkan kemaafan Kerana sesungguhnya dengan terlafaznya sebuah kemaafan Insya-Allah tali perhubungan yang dijalinkan akan di limpahi dengan keberkatan yang berpanjangan.
Belajarlah untuk selalu memberikan senyuman Kerana sesungguhnya dengan terukirnya senyuman Maka lenyaplah dek segala api kemarahan yang sudah lama menjadi tembok keruntuhan.
Belajarlah untuk menadah tangan .............menadah tangan bukan untuk meminta belas kasihan, menadah tangan juga bukan untuk diberi hukuman atau ganjaran Tetapi menadah tangan seiklas hati untuk mengucap penuh kesyukuran di atas kejayaan, kemenangan dan kesenangan yang dikurniakan.








0 tinggalkan pesanan:
Post a Comment