BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Buat adikku Mohd Ashwat......."HAPPY BIRTHDAY"
Moga setiap hari yang di lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi.

Salam sayang dari kakakmu
Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, November 18, 2009

DOA



Salam ukhuwah buat anda semua..
Really hope that all of you are in the best of health..
Moga2 setiap hari yang kita lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi. Insyaallah, amin.
Kita tidak mempunyai kayu ukur untuk mengukur sejauh mana amal yang telah kita lakukan. Oleh itu, berusahalah untuk membaiki dan menambah sebanyak mungkin amalan kita sehari-hari untuk kekayaan di Akhirat kelak.

Buat suami tersayang....

"Semoga sabar dan tabah menghadapi segala ujian dalam pembelajaranmu. Diriku sentiasa mendoakan kejayaanmu."


Buat puteri-puteriku tersayang....

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan Allah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"





~Life is like a bicycle..

To keep your balance, you must keep moving..~

Friday, November 13, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



"Bila sejuta ilmu kita dalami, yakinlah itu hanya setitis air dari seluas lautan. Hadirkan dalam hati rasa keinsafan. Moga ilmu itu menjadi wadah mendekati Allah..."
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api.."

"Bila tubuhmu lemah dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titisan air matamu. Bila dirimu terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil, Allah mengumpulkan segalanya untuk 1 saat yang tidak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan yang hakiki. Hidup ini indah dan mudah jika bersama Allah.."



SALAM DARI KEJAUHAN

Tuesday, November 10, 2009

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Salam buat semua...
Baru berkesempatan update blog coz terlalu sibuk mengemas sejak berpindah rumah awal november yang lalu ...Dalam kepenatan tu di jemput plak untuk memberi tazkirah tentang tajwid dalam Majlis Ilmu...... nak bercakap dengan orang2 PHD ni memang mencabar..... Selalunya dengan pelajar2 ok la ....Alhamdulillah dapat jua ku menyempurnakan majlis itu walau dalam keadaan gementar.


Buat yang akan menhadapi peperiksaan...terutama adikku...

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Allah,
Supaya timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN,
Setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN,
Setiap KESABARAN itu pasti ada GANJARAN,
Yang pasti hanyalah IMAN dan TAQWA asas KECEMERLANGAN.



Bittaufiq wannajah fil imtihan

SALAM DARI KEJAUHAN

Thursday, October 29, 2009

[02.gif]

Salam kemaafan buat semua kerana sudah hampir seminggu menyepi. Moga hari-hari yang kita lalui sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.Wahai sahabatku sekalian"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahn nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada keTENTUan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ ada air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda sayang-Nya..
Alihkan matamu ke arah laut,airnya cantik membiru tetapi hanya ALLAH sahaja tahu rahsia di dalamnya.Begitulah juga dengan kehidupan manusia,riang,tawa....tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.Jika kau kecewa wahai sahabat,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.Jika kau bersedih sahabatku,pandanglah ke langit,kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

Justeru, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT. Lindungilah KESEDIHAN dengan SENYUMAN meskipun hati penuh KEDUKAAN kerana DUGAAN.




Friday, October 23, 2009

Kek coklat kukus

Salam semua....

Resepi kek coklat kukus yang menjadi kegemaranku. Bagi yang mengemari boleh la mencuba.




Bahan-bahannya:-

(Bahan 1)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan serbuk koko


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
3/4 susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan 1 di campur dan di ayak,campur telur dan minyak,gaul sebati.
campur 1 cawan air panas dan 3/4 cawan susu cair dan esen vanilla. kacau lagi sampai sebati. masuk dalam loyang dan kukus selama 45-50 minit (jangan intai2).

Ayam bakar birmingham



Salam jumaat,penghulu segala hari.Moga sentiasa dalam keredhaan ALLAH hendaknya.

Untuk hari ini,saya letakkan resepi Ayam bakar yang telah lama di minta oleh kak nani....maaf la kak nani coz lambat letakkan....Ok Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:-
(Anggaran untuk seekor baby chicken)

1 1/4 sudu kecil garlic powder
2 sudu kecil ginger powder
2 sudu kecil chilly powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kunyit
1/2 sudu kecil black pepper
1 kiub chicken stock
1 1/2 sudu besar madu
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
sedikit maggi seasoning

Kesemua bahan-bahan di atas di gaul dan di perap 3 @4 jam sebelum di bakar. Masa saya buat ayam ni,oven rosak jadi saya guna grill.....ok juga.