BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

TEMAN





Renungan buat kita semua....
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya.
Persoalan nya... mampukah kita menjadi sahabat yang sebegini??





Tuesday, March 31, 2009

Alhamdulillah kerana aku bisa menghirup udara pagi yang teramat dinginnya....biasa la kat UK .....sejuuuuuuknya.Moga beroleh keberkatan dari rezeki untuk keluarga tercinta... n hidup kita selamat dunia n akhirat hendaknya.......

BERSAHABATLAH
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap ber tanggungjawabnya terhadap engkau. "
-Imam Umar bin Abdul Aziz


i love my little girl. Pictures, Images and Photos

Monday, March 30, 2009

tazkirah


Alhamdulillah... bersyukur kehadrat NYA.... moga hari ni lebih baik dari hari2 yang telah berlalu.... dan kita semua dalam peliharaan NYA selalu.......

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : " Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

SALAM SAYANG BUAT SEMUA....................

Friday, March 27, 2009

Renungan buat semua.................


Syukur... teramat ku bersyukur kerana bisa meneruskan hari2 ku sehari lagi.... moga hari nie kan menjanjikan kebahagiaan buat kita semua....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam... Sudah menjadi sejarah. Hari Ini...Apa yang sedang kita lakukan. Esok... Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka atau Kekal di dalam syurga....

Thursday, March 26, 2009



Ku mulakan hari ini dengan rasa bersyukur pada mu ya ALLAH kerana masih memberi aku...peluang untuk hidup,masih diberi nikmat kesihatan.....rezeki.......apa jua ketentuanNYA mesti terima dengan redha…..semua makhluk ALLAH SWT dikurniakan rasa suka......duka.... tawa ….sedih.... pilu...kalau tak, tak kan dinamakan kehidupan…..Ada orang gembira….suatu hari nanti….. Tuhan akan uji dengan kesedihan…..ada orang berduka......Tuhan uji dengan kegembiraan….lepas dapat nikmat ni, tuhan nak tengok samada kita ingat atau tidak padaNYA…makin jauh atau makin dekat denganNYA….selagi kita hidup...selagi kita menghirup udara tuhan... selagi kita berada dibumi tuhan ini selagi itulah kita akan diuji...diuji dan terus diuji, semakin kuat ujian yg kita terima …… menunjukan kita sentiasa disayangi tuhan….Semoga kita semua sentiasa mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan.

Wednesday, March 25, 2009

Renungan buat semua.................

Neon Banner

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.
Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar".
( Saidina Umar bin Al-Khattab)