BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 27, 2009

Renungan buat semua.................


Syukur... teramat ku bersyukur kerana bisa meneruskan hari2 ku sehari lagi.... moga hari nie kan menjanjikan kebahagiaan buat kita semua....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam... Sudah menjadi sejarah. Hari Ini...Apa yang sedang kita lakukan. Esok... Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka atau Kekal di dalam syurga....

0 tinggalkan pesanan: