BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 2, 2009



Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... syukur kehadrat NYA... kerana masih memberi ku peluang utk terus hidup dihari ini............
masih boleh menikmati kehidupan dibumi nan fana nie... moga hari ini lebih baik dari hari2 yang telah dilalui....

Peringatan buat diriku jua....................

Allah swt memberi kita hati yang mengeluarkan perasaan kita dan akal yang mengeluarkan fikiran kita. Gunalah sebaik-baiknya. Kebahagiaan ditangan kita jua ada NYA. Didiklah diri kita dengan jalan yang lurus Dari Allah swt. Renungilah apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat.
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi MENGAPA Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?????? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya........"
Andai dah menjumpai.........Jagalah ia sebaik-sebaiknya.......

Friday, February 27, 2009

Mungkin Kerana Kita Terleka............





Di saat aku terjaga di pagi hari ni..... satu yang tergambar diminda hanyalah ... syukur dan Alhamdulillah.... kerana diberi kesempatan untuk bernafas lagi... diberi kesempatan untuk terus beribadah dan memohon keampunan atas segala kesalahan dan kealpaan ku.....Hijrahlah diri, hati dan amalan selagi mampu.... kerana semalam yang berlalu tidak mungkin lagi dimiliki......

Sekadar peringatan...........mungkin kerana kita terleka...............

Sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "opps" mendahului dari "YA ALLAH"....

Bila perut kenyang " ha... kenyangnya" mengatasi "ALHAMDULILLAH"....

Bila terpegun dengan keindahan alam "SUBHANALLAH" tertutup dek kata "Cantiknya"

Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa...........

Tapi ingatlah apabila IZRAIL mendekati kita biarlah ucapan "LAILAHAILLALLAH" menjadi juara mengatasi segala kata-kata.....


SALAM SAYANG BUAT SEMUA..........

Thursday, February 26, 2009

RENUNGKANLAH..........

ASSALAMUA'LAIKUM.......





img_title

Belajarlah untuk mengenali kesilapan sendiri Kerana sesungguhnya dengan kesilapan itu Insya-Allah akan dikurniakan nanti suatu ketenangan di dalam hati.

Belajarlah untuk mudah melafazkan kemaafan Kerana sesungguhnya dengan terlafaznya sebuah kemaafan Insya-Allah tali perhubungan yang dijalinkan akan di limpahi dengan keberkatan yang berpanjangan.

Belajarlah untuk selalu memberikan senyuman Kerana sesungguhnya dengan terukirnya senyuman Maka lenyaplah dek segala api kemarahan yang sudah lama menjadi tembok keruntuhan.

Belajarlah untuk menadah tangan .............menadah tangan bukan untuk meminta belas kasihan, menadah tangan juga bukan untuk diberi hukuman atau ganjaran Tetapi menadah tangan seiklas hati untuk mengucap penuh kesyukuran di atas kejayaan, kemenangan dan kesenangan yang dikurniakan.

img_title


Wednesday, February 25, 2009

Ingatlah.........


BUAT CETUSAN HAWA DAN MUJAHADAH......

When things are down And you are out of your mind Just Remember Allah is The Merciful .
When your life is in darkness And nothing is right Just Remember Through the darkness, Allah is The Light.
When times are troubled And no one seems to care Just Remember, that Allah will care .




Salam sayang.......

Renungan buat semua.................










'Biarlah nama kita disebut dalam ukiran senyuman teman dan rakan... Jauhkan dari nama kita dijatuhkan bersama ludahan mereka.... kerana ada kebencian...'

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Janganlah berputus asa karena ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin, meskipun tertutupi oleh berbagai fenomena kerosakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat. (Imam Hasan al-Banna)





Tuesday, February 24, 2009

BERSABARLAH..........






Setelah kefakiran pasti ada kekayaan,

Setelah kesakitan pasti ada kesihatan,

Setelah kesedihan pasti ada kegembiraan,

Setelah kesempitan pasti ada kelapangan,

Setelah terpenjara pasti ada kebebasan,

Setelah kelaparan pasti ada kekenyangan,

Hanya waktu sahaja yang akan menentukan,

Bilakah ianya akan terjadi,Bersabarlah. ......... .




Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya...... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.....

Monday, February 23, 2009

kasih sayang




SALAM SAYANG BUAT SEMUA..........
Moga hari ini lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.... dan kita semua sentiasa dalam peliharaan NYA selalu...
Semoga Allah menambahkan sifat berkasih sayang antara kita,kasih sayang buat puteri-puteri yang dikasihi dan kasih sayang buat keluarga hingga ke akhir hayat....AMIN.....