BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 23, 2009

RENUNGAN.....

Wahai anak Adam,
Sekiranya engkau menginginkan rahmat-Ku, maka tetaplah di dalam mentaati-Ku. Sekiranya engkau takut kepada azab-Ku, maka jauhilah daripada berbuat maksiat kepada-Ku.
Wahai anak Adam,
apabila datang kepadamu dunia, maka ingatlah akan kematian. Apabila terlintas untuk melakukan dosa, maka ingatlah akan taubat. Apabila engkau telah berusaha untuk harta, maka ingatlah akan hari hisab. Apabila engkau duduk di hadapan makanan, maka ingatlah orang2 yang lapar. Apabila engkau merasa kuat berbanding dengan orang2 yang lemah, maka ingatlah Qudrat Allah ke atas dirimu. Kerana jika Allah kehendaki, nescaya Allah jadikan ia akan menguasai atas dirimu..

0 tinggalkan pesanan: