BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 21, 2010

MAJLIS ILMU

Salam Jumaat buat semua, Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA.
Majlis Ilmu adalah salah satu program yang dijalankan setiap 2 minggu bagi wanita di Birmingham. Antara programnya ialah bacaan yassin/mathurat, tazkirah, ceramah, mempelajari resepi2 dan yang paling utama adalah mengeratkan ukhuwah. Di sini ingin saya kongsikan sedikit tazkirah yang lepas berkaitan sedekah.






“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )



Friday, May 14, 2010

RENUNGAN BUAT SEMUA

Salam jumaat buat semua, kesyukuran dipanjatkan kehadrat ALLAH kerana masih memberi kesempatan untuk kita meneruskan kehidupan dan pergunakanlah kesempatan yang ada sebaiknya agar kita selamat dunia akhirat.

Hadith

Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: “Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Huraian Hadith

  1. Ibu bapa ialah insan yang paling berjasa kepada kita, kerana jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja, samada semasa dia mengandung atau selepas dia bersalin.
  2. Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.
  3. Natijahnya, apabila kita berlaku baik kepada ibu bapa kita, kelak anak-anak kita akan menyantuni kita semasa kita telah berumur, insya’ALLAH.
  4. Setiap orang patutlah merebut peluang kerahiman ALLAH swt di akhirat kelak dengan mentaati dan menyantuni kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup, dan mendoakan keampunan dan keselamatan, sekiranya mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam...

Dikesempatan ini inginku ucapkan SELAMAT HARI IBU buat Ibu tersayang Siti mariam binti yaakob, Ibu mertua serta semua ibu2.



Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas keredhaan kedua ibubapa.


I wish I could tell you, Mom
how much you mean to me....
But there are no words to say
how much I admire you...
how much I appreciate you...
how much I thank you
for everything you've done.

Salam Rindu dari anakmu,
Ummulsafiyyahwasolehah.

Sunday, April 18, 2010

KEMBALI

Salam buat semua.....

Alhamdulillah kami selamat kembali semalam(pukul 4.15 pg) dari percutian ke Europe. Insyaallah akan di uploadkan gambar2 kenangan di sana untuk tatapan keluarga serta sahabat2 semua.

Sunday, March 28, 2010

Tambah 1 jam da....

Salam buat semua

Bermula hari ini seluruh UK akan menggerakkan jarum jam awal 1 jam(+1 jam) sehinggalah ahad terakhir dalam bulan oktober (undur 1 jam pula). Sekarang ni beza dengan waktu Malaysia 7 jam la.
Alhamdulillah hari pun dah semakin panas dan aktiviti ke outdoor carboot pun dah bermula. Minggu ni juga sibuk sangat memasak untuk frozenkan maklumlah minggu depan school holiday so kami bersama kak dina n family serta kak su n family(stoke) akan pergi bercuti selama dua minggu. Ke mana??? Insya Allah balik nanti,saya akan kongsikan.

p/s kak nani(Durham) tak nak join kami ke?

Saturday, March 27, 2010

KENAPA MENYEPI????

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Maaflah dah lama menyepi coz ummulsafiyyahwasolehah x sihat. Minggu lepas masa tengah mengajar tup2 rasa memulas perut....sempat call suami...lepas tu dah x ingat apa2....sedar ja dah ada kat hospital.... 3 hari juga x bangun coz letih sangat .....mungkin kesan ubat sama. Selama tu jugalah kawan-kawan di sini menghantar makanan(Terima kasih buat kak emma, kak illa & kak fida dan yang datang menziarahi). Hidup di perantauan ni, sahabat dah jadi macam keluarga. Alhamdulillah,sekarang ummulsafiyyahwasolehah dah kembali sihat.


Buat follower blog ini...terima kasih kerana menjadi sahabat saya di sini walau ada di antara kita tak pernah bertemu dan mengenali. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati persahabatan ini selama-lamanya...Insyaallah.

Monday, March 15, 2010

INFO KESIHATAN




JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN


* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
o Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
o Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sumber: email dari sahabat.