BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 11, 2010

IQRA' 4 DAN AL-QURAN

Photobucket

Moga2 setiap hari yang kita lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi serta hati kita tak tersesat dari landasanNYA...dan berterusan dikekalkan iman dihati..... Insyaallah, amin.


Inilah pencapaian terbaru puteri-puteriku.......
Alhamdulillah... Moga Allah sentiasa menyinari hati puteri-puteriku dengan cahaya keimanan.


Ainul baru saja membaca Al-Quran....


Aliya masih Iqra' 4 page 6

Moga menjadi anak-anak yang solehah ya sayang......

Monday, March 1, 2010

KASIH SAYANG

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar
: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu
: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Friday, February 19, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MAK

Buat mak tersayang.....

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 53






It’s your birthday, Mom.
May your life be filled with happiness,
Because, Mom, I love you!

Thursday, February 18, 2010

PARENT EVENING


Minggu lepas ada perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak(parent evening). Alhamdulillah,prestasi puteri-puteriku cemerlang. Semoga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.

kelas Aliya....RT.

Library RT.

Ini pula tempat letak jaket.

Ini kelas Ainul ....2S.



Abinya bertanyakan guru kelasnya tentang prestasi Ainul.


SALAM SAYANG BUAT PUTERI-PUTERIKU TERSAYANG....
www.mumbaihangout.info

Sunday, February 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY

Buat adikku....Muhammad Aiman bin Abu Bakar.
On this special day, I just want to say Happy Birthday.
Hope you have the greatest Birthday ever!

http://g.orkutnow.com/orkutnow/en/scraps1/happy.birthday/special_birthday.gif

Salam Rindu......

Thursday, February 11, 2010

CERTIFICATE

Tahniah buat puteri puteriku...


Ainul berjaya mengumpul 50 well done card....



Aliya antara 5 pelajar reception yang di pilih untuk poem terbaik bagi majalah if i could be...west midlands on 30th april.

Inilah poemnya....


Umi dan Abi sentiasa mendoakan kejayaan kalian......