Salam buat semua... hampir seminggu x update blogku. Semalam kami mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri jadi hari2 sebelum tu sibuklah membuat persiapan.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,insyaallah saya akan uploadkan gambar nanti. Sebenarnya hari ini adalah hari istemewa buat suamiku iaitu hari ulangtahun kelahirannya yang ke33 dan hari ini juga genaplah 2 tahun kami meninggalkan tanahair tercinta.
Buat suamiku tersayang...


Salam Sayang....
UMMULSAFIYYAHWASOLEHAH

Sunday, September 27, 2009
HAPPY BIRTHDAY
Dicatat oleh NUR at 12:08 PM 3 tinggalkan pesanan
Label: happy birthday
Friday, September 18, 2009
PUZZLE


Ini adalah puzzle ucapan raya yang di berikan oleh adikku(aiman) untuk puteri-puteriku beberapa hari sebelum kami berangkat ke UK. Masih di simpan rapi oleh puteri-puteriku. Kekadang kalau main puzzle tu........terdengar puteri=puteriku sebut.."puzzle ni pak su bagi "..... Puteri-puteriku suruh tunjukkan buat pak su n keluarga di sana..Kenangan di Aidilfitri....
Dicatat oleh NUR at 2:12 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: kenangan
SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat keluarga di Kedah,keluarga mertua di Perlis,sahabat2 yang mengenali dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua berada.Sedar tak sedar tahun ini adalah tahun ketiga kami beraya di UK.Rindunya menyambut Aidilfitri bersama keluarga .Semoga Aidilfitri kali ini tetap meriah.
Mohon ampun dan maaf jika ada yang menyinggung hati dan perasaan samada secara sedar atau tidak disedari...
Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang tulisan saya di sini ada terkasar bahasa, tersalah kata, menyinggung perasaan dan sebagainya.
Semoga Syawal membawa seribu rahmat dan kebahagiaan bagi kita semua di dunia dan di akhirat..
Dicatat oleh NUR at 1:27 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: ucapan
Tuesday, September 15, 2009
Monday, September 14, 2009
TERIMA KASIH

Terima kasih buat abah,mak & adik2......
Alhamdulillah.. bungkusan yang abah,mak & adik2 kirimkan tu telah sampai tengahari tadi(waktu UK). Beratnya boleh tahan juga......hampir 15 kg.....Tunggu bungkusan dari kami pula untuk keluarga di Malaysia.....
Inilah kotaknya ...........
Nak tengok apa isinya...........

kuih raya........... dah tukar bekas lain coz bekasnya dah pecah
maklumlah jauh beribu batu

serbuk cili dan rempah

kuih sepit

bahulu

ikan bilis dan ikan kering

keropok ikan
serta baju raya..........OPPPSSSS....tak boleh tunjuk lagi.......
Dicatat oleh NUR at 2:08 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: ucapan
KEMAAFAN
MATA silap memandang
TELINGA salah mendengar
LIDAH terlanjur berkata-kata
FIKIRAN khilaf menafsir
dan HATI silap menduga.....
kemaafan perlu dipinta....dan kemaafan jua harus diberi....buat semua.......Sempena bulan yang mulia ini ku ingin memohon kemaafan andai ada kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan.......terutamanya buat ABAH,MAK,AYAH MERTUA,MAK MERTUA SERTA ADIK2.
Dicatat oleh NUR at 11:02 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: ucapan
Tuesday, September 8, 2009
PUDING JAGUNG

Salam ramadhan buat semua,semoga ibadah kita semua diterima oleh ALLAH. Sekejap je masa berlalu,18 hari dah kita berpuasa.
Semenjak balik dari rumah kak nani hari tu rajin la sikit nk snap gambar sebab kak nani kata blog saya x letak resepi pun(kata2 semangat tu)bukan x nak berkongsi resepi tapi bab nak ambil gambar tu.....aaaaa......kalau bagi resepi tanpa gambar....x best pula.....
hari tu dah letak tiramisu....kak nani dah cuba ke?????
oklah hari ni nak berkongsi puding jagung pula...ni adalah salah satu menu berbuka hari ahad yang lalu.....
Teringat kat abah bila makan puding jagung ni..........abah suka sangat.......
BAHAN2
2 cawan tepung custard
1 tin jagung
11/2 cawan gula
6 cawan air
1 tin susu cair
CARA2
Campurkan tepung custard,gula,jagung,susu cair dan air.Lepas tu kacau sehingga pekat n berkilat di atas api yang sederhana sehingga sebati.
Ni pula menu semalam,popia goreng bersalut cili......buatkan untuk suami tersayang... tengah berbuka baru teringat nak ambil gambar........


Dicatat oleh NUR at 11:44 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: resepi













