BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 7, 2009



Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati hanya kerana ILahi adalah sebuah CINTA YANG ABADI





Friday, July 3, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi peluang sehari lagi untuk mengucapkan syukur pada ALLAH...jika sesuatu diberi/ditarik daripada kita...kita hendaklah sentiasa bersyukur,insya-ALLAH...kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang bukan...moga hati kita tak tersesat dari landasan NYA... dan berterusan dikekalkan hati dan iman.... dan selamat dunia dan akhirat.

Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu. Bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk ke dalam sanubari, bersabarlah, kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk.

Rindu sangat kat keluarga di Malaysia.......Doakan kami moga dipermudahkan segala urusan di sini.

SALAM SAYANG DARI KEJAUHAN.......
www.mumbaihangout.info

Thursday, July 2, 2009

salam-1.gif picture by nurkilan

Sesungguhnya anugerah ALLAH Taala itu amatlah luas, ganjarannya kepada para hamba-Nya amatlah besar dan pahala-Nya amatlah banyak. Apa yang harus dilakukan oleh seseorang adalah bersyukur ketika dalam senang dan bersabar ketika dalam keadaan susah sambil menunggu pertolongan ALLAh, Tuhan bumi dan langit, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Tidaklah orang muslim ditimpa kesukaran dan keletihan, dukacita dan sedih, penderitaan dan kemurungan, bahkan duri yang menusuknya sekali pun, melainkan ALLAH mengampuni dosa-dosanya" (Hr. Al-Bukhari dan Muslim)
Alangkah bahagianya umat islam hidup di bawah naungan agama agung ini, dimana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada para pemeluknya, melimpahkan nikmat dan anugeran-Nya kepada mereka sepanjang pagi dan petang.
Kesukaran dan kesulitan pasti mendatangkan ganjaran pahala bagi setiap muslim. Sakit baginya merupakan pahala. Kesedihan dan kemurungan baginya merupakan pahala. Kesenangan dan penderitaan baginya adalah pahala. Bahkan duri yang menusuk kaki atau tangannya pun akan mendatangkan ganjaran pahala.
Sabar pasti mengatakan betapa cepat pertolongan datang. Siapa percaya ALLAH dalam setiap urusan pasti selamat. Siapa takut kepada ALLAH pasti dia tidak akan menderita. Siapa mengharapkan-Nya, maka Dia selalu bersamanya.
Ibn Masud pernah mendatangi Nabi s.a.w ketika baginda sedang demam panas. Dia berkata " Wahai Rasul, engkau sekarang sedang mengalami sakit luar biasa," Baginda bersabda, " Ya, aku sedang sakit demam yang dahsyatnya sama seperti dua orang lelaki di antara kamu yang menderita demam," Innu Masud bertanya, " Jika demikian, bererti kamu memperolehi dua pahala?" mendengar itu, baginda bersabda, " Betul, memang seperti itu. Tidaklah seorang muslim tersusuk oleh duri atau lebih berbahaya daripada itu melainkan ALLAH akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang pasti mendapat kesulitan dan kesenangan,Pasti ada kebahagiaan dan kesedihan menghampirinyaALLAH memintanya supaya mensyukuri nikmat-Nya
Setiap musibah yang menimpanya hendaklah sabar.Ketahuilah tidak ada kesukaran sepanjang zaman.Dan tidak pula ada kenikmatan sepanjang zaman.

Friday, June 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Alhamdulillah.......bertemu lagi di ruangan ini setelah sekian lama menyepi. Buat yang sentiasa melayari blog ni.....maaf la coz busy sangat.......ada yang send email bertanyakan tentang penyepian blogku ini. Dikesempatan yang ada ini, inginku ucapkan SELAMAT HARI BAPA walaupun dah lama berlalu...... buat Abahku (Abu bakar), bapa mertuaku (Abdul razak). Terima kasih atas segala pengorbanan kalian. Tak lupa juga buat suami tersayang (Zainur rijal),semoga menjadi bapa (anak-anakku panggil Abi) yang terbaik buat anak-anak.

SALAM SAYANG.....

Wednesday, June 3, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Alhamdulillah... bersyukur kehadratNYA... kerana masih bisa menikmati kehidupan dimuka bumi yang fana... moga hari ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.... demi mencari keredhaan NYA...

Buat anak saudaraku (MOHD IRFAN)....SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-2



Monday, June 1, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Photobucket
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ... moga kita akan terus perbaiki ibadah kita kepadaNYA... agar kehidupan kita kan diberkati NYA amin....

FIKIRKANLAH
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Thursday, May 28, 2009

HAPPY BIRTHDAY AINUL

1398952111.gif bismillah image by Ayat18

Buat puteriku....Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 6.

Happy Birthday Graphic



SALAM SAYANG DARI UMI...............