BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 20, 2009

TAZKIRAH

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Wednesday, March 18, 2009


Assalamualaikum-kupu-kupu1.gif picture by shiela_lk


Doa dan harapan moga semuanya dalam keadaan bahagia dan ceria selalu....Sesungguhnya hidup di dunia ini penuh dengan ujian, cabaran dan dugaan sama ada ia berupa kesenangan mahupun kesusahan. Lazimnya nikmat kesenangan itu memberi kebahagiaan kepada kita semua, namun kadangkala nikmat kesenangan itu boleh menyebabkan manusia lalai dan leka serta lupa diri sehingga menyebabkan mereka melakukan kesalahan dan perkara yang ditegah oleh agama Islam sama ada secara sengaja ataupun tidak.

'Pesan IMAM AL GHAZALI,yang jauh itu MASA,yang DEKAT itu MATI,yang BESAR itu NAFSU,yang BERAT itu AMANAH dan yang INDAH itu SOLAT..'

Comment Graphics

Tuesday, March 17, 2009




Alhamdulillah... bersyukur kita kepada NYA... kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hari2 kita ... masih punya kesempatan untuk bertaubat kepada NYA.... masih punya kesempatan beribadah kepada NYA nan satu.... siapalah kita di muka bumi nie... selain dari menjadi khalifah... dan terus beribadah kepada NYA.... jangan lah sampai kita lalai dan leka... dengan kehidupan duniawi....



Monday, March 16, 2009

Selamat memulakan hari baru dengan penuh semangat dan ceria.... moga hari ini kan menjanjikan suatu yang terbaik buat kita semua.... moga ibadah yang kita lakukan hari ini dan hari2 seterusnya kan mendapat keberkatan dan rahmat NYA...


SALAM SAYANG BUAT SEMUA............

Sunday, March 15, 2009

Saturday, March 14, 2009


Marilah kita meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Allah dengan memperbanyakkan beramal kerana Allah swt di samping berusaha menghindarkan daripada dari dosa dan maksiat. Yakinlah bahawa hanya orang yang bertaat setia kepada Allah swt sahaja yang akan mendapat rahmat kebahagian dan kejayaan di dunia ini dan di akhirat .Fahamilah makna dalam kita mengerjakan solat,... semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusyuk dalam solat.

Takbiratulihram

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

SALAM SAYANG BUAT SEMUA.......

'Bersahabat dengan tuhan...turuti perintahNya,
bersahabat dengan manusia dengar nasihatnya bersahabat dengan nafsu jauhi keinginannya...'

Thursday, March 12, 2009

DOA