BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 6, 2009

KASIH SAYANG................





Alhamdulillah...... aku bersyukur pada mu ya ALLAH masih memberi diriku...peluang untuk hidup,masih diberi nikmat kesihatan.....
Kehidupan di maya ini,hanyalah sementara…usia yg di anugerahkan,usahlah dipersiakan.
andaikata dibelenggu kesusahan,teruskan …dengan keyakinan,insyaallah pasti berjaya.
Sesungguhnya kesabaran dalam hati adalah kebahagiaan iman,kekuatan jiwa menempuh dugaan pasti menghasilkan kecemerlangan.janganlah ditangisi liku kehidupan,kerana kesedihan lalu….bukan selamanya.berserahlah padaNYA.hakikat kehidupan…didiklah diri jadi insan bertaqwa….kesucian dihati…….merasa diri milik illahi.

Kasih sayang adalah satu Anugerah yang indah dari Allah swt. Setiap insan pasti akan dapat merasainya. Dari itu, jangan kita nafikan kewujudan kasih sayang. Kasih tidak seharusnya ditafsirkan hanya untuk Sang Kekasih. Malah, ia adalah suatu perasaan yang ada pada setiap insan. Umpamanya, kasih ibu bapa terhadap anak, kasih rakan terhadap rakannya, kasih Muslimin terhadap Saudara Islamnya dan yang utama sekali ialah kasih kita pada Tuhan yang Maha Esa. Kasih sayang adalah sejati yang tidak boleh di paksa atau dijual beli. Perasaan yang murni lahir dari hati nurani yang suci dan ikhlas,terdapat dalam sanubari setiap insan.



IKHLAS DARIKU..........

Thursday, March 5, 2009

BERSABARLAH..........



Alhamdulillah... bersyukur ku kehadrat NYA... yang membolehkan diriku bangun dari tidur yang sementara..... sebelum diriku ditidurkan buat selama-lamanya....bersedia ke tidak... apabila tiba waktunya...tak siapa mampu berkata2 untuk minta ditangguhkan... moga kita semua selamat di dunia mahu pun di akhirat kelak hendaknya.... amin....

Semalam dapat khabar dari Malaysia............adikku Aishah.....sakit....
BERSABARLAH wahai adikku...........(Shafakillah ya ukhti).
Teringat masa diriku sakit 3 tahun lepas..................benar2 mengajarku erti kesabaran dan ketabahan...........Syukran jazilan buat insan-insan tersayang yang memberi dorongan dan semangat buatku.



'Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis...
Peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana ..... mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan....'

Wednesday, March 4, 2009

KEHIDUPAN INI..........

www.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.ws www.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.ws

Kehidupan ini kadangkala disulami dengan mainan teka teki, penuh dengan rahsia-rahsia tersembunyi, umpama roda ia berputar, adakalanya ia diatas dan adakalanya ia dibawah. Sukar untuk kita ramal kehidupan kita di masa hadapan kerana ia penuh dengan kesamaran, penuh dengan persoalan, penuh dengan dugaan, penuh dengan rintangan yang semestinya perlu kita hadapi dengan kekuatan iman didada. Namun yang semestinya kehidupan perlu diteruskan demi mengejar impian yang belum terlaksana.

SALAM SAYANG DARI KEJAUHAN.........

Tuesday, March 3, 2009




Ambillah akar-akar kemiskinan dan jiwa kesabaran lalu gaulkan dengan serbuk fikiran dan di campur dengan rendah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dalam lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepada-Nya, setelah itu digaul dengan sudu istighfar sehingga nampak taufiq dan kehormatan diri. kemudian pindahkan ke mangkuk cinta dan sejukkan dengan udara kasih sayang selepas itu di tapis dengan tapisan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah.



Perhiasan KEMISKINAN ialah SABAR Perhiasan KEKAYAAN ialah BERSYUKUR tidak ada KEHORMATAN yang mengatasi ISLAM tidak ada KEMULIAAN yang lebih tinggi dari TAQWA tidak ada PAKAIAN yang lebih indah dari KESIHATAN............

Monday, March 2, 2009



Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... syukur kehadrat NYA... kerana masih memberi ku peluang utk terus hidup dihari ini............
masih boleh menikmati kehidupan dibumi nan fana nie... moga hari ini lebih baik dari hari2 yang telah dilalui....

Peringatan buat diriku jua....................

Allah swt memberi kita hati yang mengeluarkan perasaan kita dan akal yang mengeluarkan fikiran kita. Gunalah sebaik-baiknya. Kebahagiaan ditangan kita jua ada NYA. Didiklah diri kita dengan jalan yang lurus Dari Allah swt. Renungilah apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat.
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi MENGAPA Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?????? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya........"
Andai dah menjumpai.........Jagalah ia sebaik-sebaiknya.......

Friday, February 27, 2009

Mungkin Kerana Kita Terleka............





Di saat aku terjaga di pagi hari ni..... satu yang tergambar diminda hanyalah ... syukur dan Alhamdulillah.... kerana diberi kesempatan untuk bernafas lagi... diberi kesempatan untuk terus beribadah dan memohon keampunan atas segala kesalahan dan kealpaan ku.....Hijrahlah diri, hati dan amalan selagi mampu.... kerana semalam yang berlalu tidak mungkin lagi dimiliki......

Sekadar peringatan...........mungkin kerana kita terleka...............

Sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "opps" mendahului dari "YA ALLAH"....

Bila perut kenyang " ha... kenyangnya" mengatasi "ALHAMDULILLAH"....

Bila terpegun dengan keindahan alam "SUBHANALLAH" tertutup dek kata "Cantiknya"

Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa...........

Tapi ingatlah apabila IZRAIL mendekati kita biarlah ucapan "LAILAHAILLALLAH" menjadi juara mengatasi segala kata-kata.....


SALAM SAYANG BUAT SEMUA..........