BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 8, 2009

Buat PUTERI-PUTERIKU tersayang



Sekadar peringatan


Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.



Puteri-Puteriku sayang..............Maafkanku andai ku menguris perasaanmu.........


INGATLAH



Peringatan buat diriku:


Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya.
"Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."












Renungan

Secangkir rasa buat teman-teman semua....









Friday, February 6, 2009



Renungan buat kita semua....

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya.





Teman..
Jika hari ini saya terlalu GEMBIRA, sedarkanlah saya,
Jika saya sedang BERSEDIH tanpa kata, pujuklah saya.
Jika hari ini kita adalah MUSUH, selesaikanlah segera,
Jika saya melukai hatimu, maafkanlah,
Jika esok saya tidur tanpa terjaga, kirimlah sekalung DOA & AL-FATIHAH buatku.....

salam sayang buat semua....

Bila ALLAH Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu. ...Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu... .Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Buatmu..
"Ya Allah,Selamatkan aku daripada azabMu... dan masukkan aku berserta golongan para Anbiya, sahabat dan orang-orang mukmin ke dalam syurgaMu"