BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 14, 2009

KEMAAFAN

Image and video hosting by TinyPic

MATA silap memandang

TELINGA salah mendengar

LIDAH terlanjur berkata-kata

FIKIRAN khilaf menafsir

dan HATI silap menduga.....

kemaafan perlu dipinta....dan kemaafan jua harus diberi....buat semua.......Sempena bulan yang mulia ini ku ingin memohon kemaafan andai ada kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan.......terutamanya buat ABAH,MAK,AYAH MERTUA,MAK MERTUA SERTA ADIK2.

Photobucket

Tuesday, September 8, 2009

PUDING JAGUNG

Photobucket

Salam ramadhan buat semua,semoga ibadah kita semua diterima oleh ALLAH. Sekejap je masa berlalu,18 hari dah kita berpuasa.

Semenjak balik dari rumah kak nani hari tu rajin la sikit nk snap gambar sebab kak nani kata blog saya x letak resepi pun(kata2 semangat tu)bukan x nak berkongsi resepi tapi bab nak ambil gambar tu.....aaaaa......kalau bagi resepi tanpa gambar....x best pula.....
hari tu dah letak tiramisu....kak nani dah cuba ke?????
oklah hari ni nak berkongsi puding jagung pula...ni adalah salah satu menu berbuka hari ahad yang lalu.....

Teringat kat abah bila makan puding jagung ni..........abah suka sangat.......

BAHAN2

2 cawan tepung custard
1 tin jagung
11/2 cawan gula
6 cawan air
1 tin susu cair

CARA2
Campurkan tepung custard,gula,jagung,susu cair dan air.Lepas tu kacau sehingga pekat n berkilat di atas api yang sederhana sehingga sebati.


Ni pula menu semalam,popia goreng bersalut cili......buatkan untuk suami tersayang... tengah berbuka baru teringat nak ambil gambar........



MyHotComments.com

Thursday, September 3, 2009

salam-1.gif picture by nurkilan



Salam ramadhan buat semua...hari ini dah 13 hari kita berpuasa. Rindu sangat suasana di Malaysia.....bazaar ramadhannya n kala ini sibuk untuk persiapan raya....Ya ALLAH rindunya diriku pada mak & abah,mak mertua & ayah mertua serta adik2. Tak dapat bayangkan macam mana adik min di jepun n adik man di german...mesti nangis ape setiap kali menyambut hari raya sekurang-kurangnya diriku bersama suami n anak2 di sini,diorang bersendirian. Apapun adik min balik Malaysia tahun ni.....hiiii jealousnya....

Di sini tak ada la pasar ramadhan,kalau teringin sesuatu tu kenalah buat sendiri. Emmm..nak masak apa ye hari ni....ada sesiapa boleh bagi idea. Ni juadah semalam.....jom tengok



Wednesday, September 2, 2009

TIRAMISU

1 can of ASDA ready made custard
2 container of Mascarpone cheese (about 250g)
2 packets of Sponge fingers
1 tbs Cocoa powder(untuk sprinkle atas aje)
3 cawan air nescafe "o" pekat(or any instant coffee, tak payah buh gula coz sponge fingers tu dah manis)
Cara-cara:
1. Campur mascarpone cheese dengan ready made custard, pukul sehingga sebati.
2. Celup sponge fingers dalam air nescafe dan susun dalam bekas/ mangkuk kaca.
3. Layer sponge fingers with custard and cheese mix.
4. Ulang langkah 2 dan 3 till finished.
5. Tapis cocoa powder on the top most layer.
6. Simpan semalaman dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.(Puteri keduaku suka sangat tiramisu so x sempat pun nak tunggu semalaman)
Emm sedapnya, kalori pun banyak woo.....Anyway an easy to prepare dessert.

TAHNIAH

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

Buat adikku ASHWAT & AZIEYANTI,tahniah di atas kelahiran anak pertama pada 27/8/2009. Semoga bertambah keceriaan dan kebahagiaan serta dilimpahkan rahmat dari Nya di bulan yang mulia ini dan menjadi anak yang soleh.





Tuesday, September 1, 2009

THANKS IRTIYAH

Award ni saya terima dari kawan blogger saya.....IRTIYAH..Semoga berkekalan jalinan ini,INSYAALLAH. Thanks.

SALAM SAYANG DARI KEJAUHAN....

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN AL- MUBARAK

salam-1.gif picture by nurkilan

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat keluarga di Malaysia,pengikut2 & pengunjung2 puteri-puteriku sayang dan semua umat islam di mana jua berada.

Di doakan moga kita semua dapat menikmati berkatnya Ramadhan sambil mendidik anak2 kita menghayati Ramadhan, sentiasa dilimpahi rahmat dan dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat.



Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!