Monday, July 20, 2009
Dicatat oleh NUR at 1:38 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: doa
Saturday, July 18, 2009
RENUNGAN BUAT SEMUA

![]()
Apabila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar.Apabila diulit kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran.Apabila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah.Tetapi apabila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah.Ingatlah, Tuhan mendidik kita pada setiap masa melalui pelbagai peristiwa dan perlakuan manusia..
Bersyukur dengan apa yang ada, berusaha semampu yang terdaya, membentuk jiwa teguh beragama, membina keutuhan rumahtangga, menjaga ikatan kekeluargaan dan menjalin persahabatan yang ikhlas... moga kehidupan kita beroleh rahmat dan keredhaan Ilahi - mencari damai abadi hanyalah dengan iman dan taqwa...
![]()

Dicatat oleh NUR at 11:23 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: tazkirah
Friday, July 17, 2009
DOA

Ya Allah...Kuatkan hati dan semangatku.....Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.....Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami....Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu.....Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.....Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan......Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.....Kerana aku sedar hinanya aku.....Kerana aku insan lemah yang kerap keliru.....Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.....Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu.....Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu....Ya Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati.....Isteri yang dikasihi.....Isteri yang solehah.....Isteri yang sentiasa dihati.....Amin, amin Ya Rabbal Allamin.....


Dicatat oleh NUR at 5:24 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: doa
Thursday, July 16, 2009

Allhamdulillah.....bertemu lagi diruangan ini.....moga sentiasa diberkati ALLAh hendaknya. Salam perkenalan buat irtiyah,moga ukhuwah ini akan berkekalan.
Minggu ni sibuk sikit sebab banyak program kat sekolahku dan puteri-puteriku .....parent evening, parent and child workshop, trip n pelbagai lagi maklumlah minggu depan adalah minggu terakhir persekolahan dan akan bercuti sehingga september. Puteri sulungku memasuki year 2 dan puteri keduaku memasuki reception september ni. Kalau kat MALAYSIA year 2 .......dah umur 8 thn tp kat UK ni lain sikit........3 thn dah masuk sekolah.....puteri sulungku br berumur 6 thn.Esok ada meeting untuk majlis penyampaian hadiah dan sijil. Semoga ketemu lagi....
ummulsafiyahwasolehah.
Dicatat oleh NUR at 1:03 PM 0 tinggalkan pesanan
Thursday, July 9, 2009

Dicatat oleh NUR at 2:47 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: info
Wednesday, July 8, 2009
SYUKUR
Ya Allah...Syukur padaMu membenarkan aku untuk bernafas lagi di bumiMu ini,Sesekali bermuhasabah diri, terasa kerdil dan hinanya aku sebagai hambaMu....Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku, kuatkan imanku, tunjuki aku jalan lurusMu....Segala yang baik itu datang dariMu sedangkan yang buruk itu adalah kelemahanku....Menjadi wanita, isteri dan umi membuatkan hidupku semakin bermakna. Melihat sendiri anak-anak membesar di depan mata adalah sesuatu yang amat indah dan hidup semakin tabah serta kuat.Terima kasih kepada suami yang banyak memberi sokongan dan dorongan buatku. Semoga Allah sentiasa memberkati kita di dunia dan di akhirat...
Buat suamiku tersayang....ku bahagia bersamamu....![[1_208125079l.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjw54JpSqXRT0uULr8-qcrgX5e8Svmv-riYvUIdqT1DyjOwOTUifraXo1W1a1pJZ5vS4KRip-aPxjNVATl45BZWYyTwo7wUQjGgu22z0rwVMptgpYGRFVDNyQLbR1KMcrLC7lwdNAXz_PKT/s1600/1_208125079l.jpg)
Puteri-puteriku .........![[1_541961326l.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY0cXezAmnVKkrWMocJHnsemO-4ZkUHt_yE24BNJCfZf9omzj_EHE56gV6-bSdHQSwDnE8WKkWHFth18iHAbkT8pLQUNqLddZkYI4ZDwg5F_yB7072zEKw55aie2oqkAFmt09sY7AMUUIo/s1600/1_541961326l.jpg)

Dicatat oleh NUR at 10:01 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: doa
Tuesday, July 7, 2009
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati hanya kerana ILahi adalah sebuah CINTA YANG ABADI

Dicatat oleh NUR at 11:57 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: tazkirah







