BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 28, 2009

HAPPY BIRTHDAY AINUL

1398952111.gif bismillah image by Ayat18

Buat puteriku....Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 6.

Happy Birthday Graphic



SALAM SAYANG DARI UMI...............

Sunday, May 24, 2009

SAHABAT

bismillah.gif bismillah image by arisky_2008

PERSAHABATAN

" JiKa HaTi SeJeRnIh AiR, jAnGaN bIaR iA kErUh.., "JiKa HaTi SePuTiH aWaN, jAnGaN bIaR iA mEnDuNg.., "JiKa HaTi SeInDaH bUlAn, HiASi Ia DeNgAn IlMu, ImAn DaN tAqWa.., BeGiTuLaH KitA dIiBaRaTkAn..TiAdA sIaPa YaNg BiSa MeMiSaHkAn KiTa, AnTaRa KiTa SeMua..SeErAt SiMpUln YaNg TiDaK tErBuKa..SeTeGuH LAnGiT tInGgi mEnUnGkAh DuNiA.. KiTa MeNgHaRuNg BaDai AtAs NaMa, KaSiH InSaN bErSaUdArA..BuAnG yAnG KeRuH aMbiL YaNg JeRniH.. DeNdAm HaSaD dEnGki MeStiLaH DiJaUhi..MaRiLaH KiTa CoNtOhi RaSuLLuLLah DaN PaRa SaHaBaT DiDaLaM BeRsAhAbAt..UkHuWaH DaN MuHiBbAh KiTa JaLinKaN BinA KeHaRmOniAn..

SALAM........

UMMULSAFIYYAHWASOLEHAH

Monday, May 18, 2009

WAKTU...



Alhamdulillah...........Syukur kehadrat ALLAH diatas nikmat yang diberikan.Ketahuilah bahawa hidup ini umpama roda. Adakala dibawah adakala kita diatas. Adakala jalannya lancar adakala jalannya berliku. Begitu juga kehidupan. Hidup yang dilalui penuh dengan cabaran dan pancaroba. Tetapi dalam setiap apa yang kita lakukan jika disulami dengan keikhlasan dan kejujuran, pasti setiap liku berjaya ditempuhi dengan izin Ilahi.......What ever you do, make it positive.Make it what you want it to be.Not what somebody else wants it to be.......

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Salam dari kejauhan.........

www.mumbaihangout.info

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

1398952111.gif bismillah image by Ayat18

ALHAMDULILLAH........ KERANA DAPAT MENERUSKAN LAGI HARI2 YG MASIH BERBAKI.... MOGA KITA SEMUA SELAMAT DUNIA AKHIRAT HENDAKNYA....BUAT SEMUA GURU-GURU.........SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU(16 MEI)
...........JASAMU SENTIASA DI KENANG.

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad.




jazakallah

Friday, May 15, 2009

TENANGKANLAH JIWA



Ketahuilah Olehmu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan tiada siapa yang mempedulikanmu...Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu .
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.. Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa dimanapun kamu atau kemanapun kamu menghadap...Allah SWT tahu

HiDuP aDaLah AkAr YanG MeNjaLar MeNjeLaJah kE SeGeNaP DeStiNaSi WaLau PayAh, WaLau SukaR WaLau YanG DatAnG HaNyaLaH SeTiTis AiR JeRniH NaMuN iAnYa BaKaL MenYinaRi HiDuP WaLau SesiNgKat CuMa

Salam dari kejauhan..........

Thursday, May 14, 2009

Happy Birthday AYUNI

Happy Birthday Graphic

Wednesday, May 13, 2009

Renungkanlah........

click to comment

Kisah ni agak panjang sedikit. Anyway, take Ur time b'coz it really2 good story......

Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar. Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US , memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam

click to comment