BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 19, 2009

Friday, April 17, 2009

bismillah-2-1.gif picture by salahhuddin
Alhamdulillah... syukur.... kerana masih punya waktu... untuk terus bertamu di sini....moga ukhuwah yang terjalin di sini akan terus berkekalan.Cadangnya nak share kenangan2 masa di LONDON hari tu but computer ada problem sikit.
Alhamdulillah puteri-puteriku tersayang enjoy sangat.
Buat ayah..........mesti happy masa berada di jepun,harap dapatlah kongsikan kenangan2 di sana untuk kami di sini.
SALAM RINDU BUAT SEMUA.....

Thursday, April 16, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA



Mulakan hari anda dengan senyuman Moga dengan senyuman yang anda hulurkan mampu memberikan keceriaan kepada orang lain..Sentiasa tabah
menghadapi dugaan dari ALLAH kerana kita sebagai hamba Allah yang kerdil sentiasa diuji untuk memperkukuhkan iman di sisi Pencipta kita.

SALAM SAYANG SEMANIS MADU BUAT SEMUA


www.mumbaihangout.info

Wednesday, April 15, 2009

Photobucket

Alhamdulillah.. syukur kehadratNYA.... kerana masih bisa bangun untuk hari ni......Penat sangat coz baru balik dari LONDON.Sekarang ni kat UK cuti sekolah(easter break).
Moga segala amalan yang kita lakukan akan diterimaNYA dan mendapat keberkatanNYA...

Friday, April 10, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Seuntai madah untuk dihayati,Setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang dipelupuk rona hati,iman itu dinding taqwa,sedangkn taqwa itu perisai hati..Yang memusnahkannya,pastilah nafsu,Dilayan jangan,dilawan pun jangan..Dididik perlu diasuh mesti.. Apapun yang terjadi,ikhlas menjadi ubat penawar segalanya..Yakin pd ALLAH, kejayaan pasti menyusul so hati kita ni perlu diberi pengisian yang sewajarnya... bukan saja perut perlu makan tapi hati pun perlu diberi makanan... fikirkanlah makanan yang bersesuaian untuk hati kita.... jangan sampai kita tersesat....


Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia......

Thursday, April 9, 2009



Alhamdulillah... nak menghampiri ke penghujung minggu... pantas sungguh masa berlalu meninggalkan kita semua....
Alhamdulillah jua kerana masih diberi kesempatan untuk terus beribadah kepadaNYA...moga segala ibadah yang kita lakukan diterimaNYA.... dan kita bukanlah dari golongan mereka yang rugi...

Photobucket

Wednesday, April 8, 2009

TAKBUR


Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah.... kerana aku masih punya kesempatan untuk bangun... mengadapMU dipagi yang hening nie... moga aku masih punya waktu untuk terus bersyukur atas segala kurniaanMU kepada kami..... moga hati kami tetap kepadaMU YA ALLAH... tidak berubah kepada yang lainnya...

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah.. hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah
Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami
Amin...

SALAM SAYANG BUAT SEMUA..........