BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 8, 2009

TAKBUR


Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah.... kerana aku masih punya kesempatan untuk bangun... mengadapMU dipagi yang hening nie... moga aku masih punya waktu untuk terus bersyukur atas segala kurniaanMU kepada kami..... moga hati kami tetap kepadaMU YA ALLAH... tidak berubah kepada yang lainnya...

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah.. hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah
Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami
Amin...

SALAM SAYANG BUAT SEMUA..........

Tuesday, April 7, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA

Alhamdulillah.... sehari lagi telah kita lepasi.... hari ini perlu kita tempuhi dengan penuh tabah dan sabar.... moga berkat kesabaran kita tu akan membuahkan hasil yang manis... moga hari ini kan lebih baik dari hari2 yang telah berlalu....


Peringatan buat diriku utamanya dan semua.
Kelebihan solat....
Dengan menunaikan solat, jiwa sanubari, hati serta perasaan akan terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Islam itu untuk terus hidup dalam keimanan dan taat setia pada Allah swt. Solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.

Monday, April 6, 2009

SAHABAT




Alhamdulillah...Alhamdulillah... syukur ku kepadamu YA ALLAH... kerana aku masih bisa bernafas untuk hari ni lagi.... n terus beribadah kepada MU..

Ya Allah Kau tetapkan hati dan iman kami... moga kami terselamat dari segala kelalaian yang bisa menyesatkan hati-hati kami.....

SALAM SAYANG BUAT SEMUA.....

Friday, April 3, 2009


Alhamdulillah.... bersyukur kita kerana masih diberi masa untuk kita terus memohon keampunannya atas segala kelalaian dan kesilapan yang sering kita perlakukan... yang kita sedari mahupun tanpa kita sedari.... janganlah kita bertangguh selalu coz kita tak tau bila kita kan dijemput NYA...
Dah beberapa hari x menulis kat blog coz computer ada problem, yang ini pula slow sangat .........to adik aiman.....kalau tertunggu2 kak x online tu........sorry ye..


SALAM SAYANG BUAT SEMUA.......

Wednesday, April 1, 2009

Alhamdulillah.... sehari lagi telah kita lepasi.... hari ini perlu kita tempuhi dengan penuh tabah dan sabar.... moga berkat kesabaran kita tu akan membuahkan hasil yang manis... moga hari ini kan lebih baik dari hari2 yang telah berlalu....

Salam sayang buat abang n puteri-puteriku tersayang.



Kata-kata hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah
Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat (4) perkara: Percakapan, diam, pandangan dan gerak. Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebersaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.
Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai perhambaaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

TEMAN





Renungan buat kita semua....
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya.
Persoalan nya... mampukah kita menjadi sahabat yang sebegini??