







Dicatat oleh NUR at 11:03 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: tazkirah



"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.
Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar".
( Saidina Umar bin Al-Khattab)


Dicatat oleh NUR at 11:29 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: renungan

Allah swt memberi kita hati yang mengeluarkan perasaan kita dan akal yang mengeluarkan fikiran kita. Gunalah sebaik-baiknya. Kebahagiaan ditangan kita jua ada NYA. Didiklah diri kita dengan jalan yang lurus Dari Allah swt. Renungilah apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat.

Dicatat oleh NUR at 11:18 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: tazkirah





SALAM RINDU DARI UK,

Dicatat oleh NUR at 5:05 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: coretan




Dicatat oleh NUR at 6:52 AM 0 tinggalkan pesanan
Label: ucapan

Sebahagian di antara koleksi AINUL & ALIYA daripada guru-gurunya. PUTERI-PUTERIKU tersayang ni suruh tunjukkan buat tok & wan serta keluarga di MALAYSIA.
AINUL






Setiap jumaat ainul ada spelling test dan ainul betul kesemuanya jadi ainul dapat certificate ni every week.........

Aliya masih nursery so..........just dapat sticker aje.
ALIYA
TERUSKAN USAHA....................SEMOGA BERJAYA.........
SALAM SAYANG DARI UMMI,
Dicatat oleh NUR at 7:38 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: manor park primary school


Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Dicatat oleh NUR at 1:22 PM 0 tinggalkan pesanan
Label: tazkirah