BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 11, 2009




Alhamdulillah... bersyukur kehadrat NYA.....masih lagi dapat bertemu diarena ini... moga hari ini lebih baik dari hari2 yang telah berlalu.... dan kita semua dalam peliharaan NYA selalu...
Diantara kemanisan iman ialah menyintai seseorang kerana Allah,menitip doa buatnya dan dalam apa jua keadaan,pasrah dan redha,serta melakukan yang terbaik untuknya......
memberi yang terbaik dari diri kita,dan merasa gembira berkongsi segala-galanya tanpa mengharapkan balasan..yang pasti,kita beroleh kegembiraan dengan apa yang kita kongsikan....

BUAT INSAN TERSAYANG..............


SEMOGA BERJAYA DALAM APA JUA YANG DI LAKUKAN..........

Tuesday, March 10, 2009

RINDUNYA............................


Syukur pada Allah yg maha melaksana segala perancangan hambanya..dan syukur juga atas nikmat yang diberi.......................
"Ya Allah,Kau peliharalah semua mereka yang amat ku sayangi dalam hidup ini walau tika ku tak dapat bersama mereka di sisi....tika mereka jaga....tika mereka tidur...tika mereka gembira...tika mereka duka...tika senang dan tika sakit.....aku mohon kepadamu ya Allah..letakkan mereka di dalam lindunganMu sentiasa..amin............

Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL





lin46.gif (8499 bytes)

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

-Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
-Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
-Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
-Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
-Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.
-Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
-Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

lin46.gif (8499 bytes)

Ya RASULLULAH....hadirmu pembawa rahmah........

Saturday, March 7, 2009

RENUNGKANLAH..........




Alhamdulillah... Syukur... kerana masih bisa bernafas dan terus bernafas di muka bumi nie.... pergunakan peluang yang ada untuk mencari bekal di sana kelak... moga hati kita tidak tersasar dari landasan yang benar atau berpaling kepada yang sebaliknya..... na'uzubillah minzalik....

Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bg mereka tergolong org2 yg memperoleh HIDAYAH"

Dtgnya KEBERKATAN drpd KEREDHAAN ALLAH...Dtgnya KEREDHAAN ALLAH drpd KEIKHLASAN ibadah...Bermulanya IBADAH drpd NIAT...NIAT yg suci dtglah KEBERKATAN...
SALAM RINDU BUAT SEMUA.............

Friday, March 6, 2009

KASIH SAYANG................





Alhamdulillah...... aku bersyukur pada mu ya ALLAH masih memberi diriku...peluang untuk hidup,masih diberi nikmat kesihatan.....
Kehidupan di maya ini,hanyalah sementara…usia yg di anugerahkan,usahlah dipersiakan.
andaikata dibelenggu kesusahan,teruskan …dengan keyakinan,insyaallah pasti berjaya.
Sesungguhnya kesabaran dalam hati adalah kebahagiaan iman,kekuatan jiwa menempuh dugaan pasti menghasilkan kecemerlangan.janganlah ditangisi liku kehidupan,kerana kesedihan lalu….bukan selamanya.berserahlah padaNYA.hakikat kehidupan…didiklah diri jadi insan bertaqwa….kesucian dihati…….merasa diri milik illahi.

Kasih sayang adalah satu Anugerah yang indah dari Allah swt. Setiap insan pasti akan dapat merasainya. Dari itu, jangan kita nafikan kewujudan kasih sayang. Kasih tidak seharusnya ditafsirkan hanya untuk Sang Kekasih. Malah, ia adalah suatu perasaan yang ada pada setiap insan. Umpamanya, kasih ibu bapa terhadap anak, kasih rakan terhadap rakannya, kasih Muslimin terhadap Saudara Islamnya dan yang utama sekali ialah kasih kita pada Tuhan yang Maha Esa. Kasih sayang adalah sejati yang tidak boleh di paksa atau dijual beli. Perasaan yang murni lahir dari hati nurani yang suci dan ikhlas,terdapat dalam sanubari setiap insan.



IKHLAS DARIKU..........

Thursday, March 5, 2009

BERSABARLAH..........



Alhamdulillah... bersyukur ku kehadrat NYA... yang membolehkan diriku bangun dari tidur yang sementara..... sebelum diriku ditidurkan buat selama-lamanya....bersedia ke tidak... apabila tiba waktunya...tak siapa mampu berkata2 untuk minta ditangguhkan... moga kita semua selamat di dunia mahu pun di akhirat kelak hendaknya.... amin....

Semalam dapat khabar dari Malaysia............adikku Aishah.....sakit....
BERSABARLAH wahai adikku...........(Shafakillah ya ukhti).
Teringat masa diriku sakit 3 tahun lepas..................benar2 mengajarku erti kesabaran dan ketabahan...........Syukran jazilan buat insan-insan tersayang yang memberi dorongan dan semangat buatku.



'Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis...
Peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana ..... mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan....'

Wednesday, March 4, 2009

KEHIDUPAN INI..........

www.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.ws www.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.wswww.Bigoo.ws

Kehidupan ini kadangkala disulami dengan mainan teka teki, penuh dengan rahsia-rahsia tersembunyi, umpama roda ia berputar, adakalanya ia diatas dan adakalanya ia dibawah. Sukar untuk kita ramal kehidupan kita di masa hadapan kerana ia penuh dengan kesamaran, penuh dengan persoalan, penuh dengan dugaan, penuh dengan rintangan yang semestinya perlu kita hadapi dengan kekuatan iman didada. Namun yang semestinya kehidupan perlu diteruskan demi mengejar impian yang belum terlaksana.

SALAM SAYANG DARI KEJAUHAN.........